YAPEIM.........AKUI JAMIL GUNA RM730K UNTUK KEGUNAAN SENDIRI


OLEH: NURLIYANA ABDULLAH

( Rujuk AKTA 711/Perlindungan pemberi maklumat
mereka lupa bakal perangkap)

YAPEIM dalam kenyataan telah mengakui yang dana RM440,000 digunakan oleh Jamil Khir untuk pergi ke Washigton DC dan kenyataan ini diperkatakan oleh Datuk Mohd Naser/pengarah undang-undang Yapeim setelah membuat laporan di Ibu pejabat polis Dang Wangi.

Menurutnya Akmal tidak mengambil kira jumlah yang dibayar balik menteri. Soalnya apakah pembayaran balik itu dilakukan setelah Akmal mendedahkan pengunaan dan Yapeim tidak berhemah dan membazir dana khas untuk anak-anak yatim dan orang miskin?

Bila Jamil membayar balik? dan kenapa pula baru ada kenyataan bayar balik? Kalaupun bayar balik lojikkah perbelanjaan sebanyak itu digunakan untuk acara di Amerika?

Apa kepentingannya acara di sana untuk anak-anak yatim dan orang-orang  miskin sesuai dengan visi Yapeim untuk pendidikan dan ekonomi anak yatim dan orang miskin?

Persoalan kedua lagi Yapeim juga akui dana RM290,000.00 digunakan untuk acara kahwin di Paris dan tujuannya dikatakan untuk MENGEKANG BUDAYA LESBIAN, gay, biseksual dan transgender(LGBT) di kalangan rakyat Malaysia.

Soalnya kenapa harus diadakan di Paris yang memakan belanja RM290,000.00 itu? Apakah itu juga antara visi membantu anak-anak Yatim dan orang-orang miskin?

Kita tidak bertujuan mencari salah, tetapi sebagai rakyat Malaysia tentunya tidak mengizinkan Menteri-Menteri yang diamanahkan salah guna kuasa wang yang rakyat derma.

Rakyat derma bukan untuk Menteri_Menteri  sesuka hati berbelanja ke luar negeri sambil bawa kroni anak bini dan perbuatan ini jelas tidak masuk akal.

Yapeim kata perbelanjaan semuanya ikut peraturan dan mungkin Jamil boleh terlepas tetapi kita kena fikir dari segi LOJIKAnya wang rakyat sebanyak RM730,000.00 dibelanjakan untuk sekadar kegiatan sehari dua di Amerika dan Peranchis.

Di mana-mana     dalam negara masih banyak anak-anak yatim dan orang-mana susah dan kenapa tidak dikendalikan saja di Malaysia di Sabah misalnya dan kenapa harus di luar negeri? dan lagi dana itu bukan milik kerajaan tetapi kesan derma rakyat dan orang-orang korporat.

Kita ada otak, silalah berfikir!

ulasan editor:

Mereka bijak bercakap kalau orang Islam makan babi,minum arak berjudi dan berzina hukumnya haram tetapi mereka makan duit anak-anak yatim pecah amanah dan rasuah tidak pula haram malahan ramai yang terjebak.

Sedangkan perbuatan yang mereka lakukan adalah badan sendiri tidak melibatkan anak-anak isteri dan keluarga, dosa ditanggung sendiri  akan tetapi rasuah makan duit anak-anak yatim mereka guna pakai untuk membeli barang-barang keperluan yang turut di rasai dan makan oleh keluarga mereka


No comments:

Post a Comment