SENTIASA BERSIHKAN KAWASAN PERUMAHAN ANDA TIADA AEDES TIADA DENGGI....PESANAN KEMELLIA

DARI MEJA EDITOR
SHAIMON S JUMADI

DALAM memerangi atau membasmi Nyamuk Aedes  di kawasan-kawasan perumahan tertentu ia memerlukan tenaga dan bantuan daripada segenap penduduk di kawasan  barulah berjalan dengan lancar.

Sikap toleransi dan bekerjasama berganding bahu antara sesama penduduk setempat harus sentiasa terjalin akrab ini membolehkan apa saja aktiviti-aktiviti yang dijalankan  disetiap sudut sudah pastinya menempuh kejalan kecemerlangan.

Dalam kontek ini memang tidak dapat dinafikan mereka yang tinggal di kawasan perumahan  sama ada bentuk Teres, Semi Detach atau rumah Flat dan rumah pangsa  mereka jarang mengenali antara satu sama lain dan ini jelas mereka buat hal masing-masing.

Barang kali kalau rumah Teres dan Semi Detach dan flat itu telah menubuhkan Jawatankuasa Kemasyarakatan Dalam Bandar (JKDB) dan Rukun Tetangga (RT) barulah tempat ini terdapat sedikit sinaran cahaya menerangi hati penduduk-penduduk berkenaan.


Itulah luahan seorang Aktivis Masyarakat Dato Seri Paduka Dr Kemellian Hassan menjelaskan mengenai perkara ini ketika di wawancara oleh Wartawan The Sabah Insider.net melalui panggilan telefon malam tadi.

Katanya sebagai pendekatan masyarakat magmuk di satu-satu kawasan perumahan sebagai Wakil Rakyat yang mewakili kawasannya sebagai contoh kalau di Elopura wakil rakyat tadi haruslah pro aktif dan enovatif dalam menyatukan dan merapatkan siratulrahim di kalangan penduduk yang berbilang kaum dan kepercayaan anutan agama budaya yang berbeza agar mereka sentiasa harmoni menjalinkan hubungan baik antara satu sama lain.

ADUN-ADUN yang mewakili di kawasan taman perumahan harus melantik salah seorang yang agak berpengaruh untuk membentuk satu jawatankuasa sama ada JKDB atau Rukun Tetangga (RT) dengan tertubuhnya jawatankuasa itu ini membolehkan mereka berintraksi sama satu lain sama ada dengan penduduk itu sendiri ataupun pihak-pihak kerajaan.

“Berbalik kita bagaimana untuk menghapuskan nyamuk aedes yang semakin hari semakin berbahaya kepada penduduk maka kawasan perumahan yang tidak mempunyai badan JKDB atau Rukun Tetangga haruslah menghubungi pihak-pihak tertentu untuk mengadakan gotong royong bagi membersihkan saliran parit dan longkang yang airnya bertakong” tegasnya.

“Saya hanya mampu berbicara melalui portal ini sekadar memberi pandangan yang bernas dengan tujuan untuk kebaikan bersama Insya Allah jika mereka ingin dan memerlukan bantuan  saya boleh bantu mengikut kemampuan saya” katanya lagi.


Pastikan kawasan anda tiada Aedes tiada denggi amalkan menjaga kebersihan itu dijadikan lah  satu budaya kepada diri kita agar terjamin kesejahteraan penduduk setempat. Posted by FST NEWS (Free Sandakan Today)

No comments:

Post a Comment