OLEH: SHAIMON S JUMADI
PEROKOK....Lebih minat membeli rokok seludup murah harganya berbanding rokok bercukai harga terlalu mahal

Di Sabah yang menjadi tumpuan penjual rokok seludup antara
yang terbesar ialah di Kota Kinabalu, Sandakan, Lahad Datu, Semporna dan juga
Tawau termasuk di mana-mana tempat yang tidak sempat disebut.
Kebanyakan orang yang menjual rokok seludup mereka adalah
Pilak (filipin) yang berkeliaran di pasar-pasar umum mereka seakan-akan tidak
lagi takut dengan pihak Kastam.
Disebabkan kerapnya pihak ESSCOM membuat tangkapan tukang
membawa rokok seludup di atas bot maka harga rokok tanpa cukai semakin hari
semakin meningkat harganya contoh sebelum ini harga rorok ASTRO merah-hijau
sebungkus cuma RM2.00 kini telah mencecah RM5.00 hingga RM6.00

“Menang sukar juga hendak dibendung selagi orang ramai jadi
pelanggang tunggal membeli rorok seludup
itu berbanding rorok yang bercukai harganya lima kali lipat ganda dengan
rorok seludup rasanyapun tiada bezanya.
“Membezakan rokok bercukai ada tanda amaran kerajaan Malaysia
merokok membahayakan kesihatan akan tetapi rokok seludup tiada apa-apa tanda
amaran.” Katanya lagi dengan panjang lebar.
No comments:
Post a Comment