KERAJAAN KORUP LAJIM TINGGALKAN UMNO DAN JAWATAN MENTERI

OLEH: ISMAILY BUNGSU


KALAU kita termasuk sebuah rumah yang awalnya aman bahagia, tetapi sesudah bertahun ada yang tidak kena berlaku kemungkaran dan sudah dinasihati tetapi tak berubah, maka wajib kita tinggalkan sebab kalau terus berada di dalam makna dapat sama dosa kesan subahat.

Nabi ketika sobatnya memaki musuh, nabi segera meninggalkan sobatnya dan ketika ditanya kenapa demikian, maka dijelaskan oleh nabi yang setan datang berbondong sementara malaikat berlarian.

Nah, yang saya jelaskan di atas ada kaitan.

Ketika kawan saya Dr. Jefrey sertai parti segala macam dan kemudian meninggalkan parti berkenaan atas alasan tidak sesuai dengan visi yang ia mahu laksanakan maka itu tidak salah.

Samalah juga dengan pesilat ketika berlawan, kena atur langkah dan kekadang berundur ke belakang untuk menyusun langkah dan kemudian menyerang. Jadi, tindakan Dr, jeffrey itu tidak salah dan saya tak pernah menyalahkan beliau salah sebab saya melihat positifnya.

Kemudian ketika PBS dalam keadaan nyawa-nyawa ikan, Datuk Lajim dan Datuk Rubin meninggalkan PBS sebab mereka tahu PBS ketika itu pembangkang dan sebagai pembangkang memang sukar bertahan kesan kuasa banyak sangat dipeggang oleh kerajaan federal dan boleh saja ditekan tertekan.

Kesan tadinya nyawa-nyawa ikan dan keduanya sertai UMNO maka PBS tumbang dan Sabah kemudiannya diperintah oleh kerajaan BN dengan harapan Sabah akan berubah kala sama naiki perahu besar yang punya kuasa dan akhirnya PBS, UPKO dan PBRS sertai BN ikut sejak Datuk Lajim.

Tetapi kesan bertahun-tahun dalam BN, pun tidak ada perubahan dan Sabah malah jadi negeri termiskin, pendidikan asas tersorot dan keperluan asas baik paip air, letrik dan jalan raya di Sabah terutama di kampung-kampung  sungguh menyedihkan seperti hidup di zaman jepun sedang di Malaya jalannya bisa kita tidur.

Nah, Datuk Lajim tidak mahu terus bersubahat dengan kerajaan KORUP dan tidak jujur terhadap rakyat Sabah, maka ia sanggup meninggalkan kerusi Menteri gaji beribu yang jarang dilakukan oleh orang lain yang biasanya dipecat.

Datuk meletakkan jawatan sebagai menteri dan selanjutnya meletakkan jawatan sebagai ketua bahagian UMNO dan selanjutnya terus keluar meninggalkan UMNO dan akhirnya menyertai PKR parti Nasional.

Datuk Lajim memang sedang ketika meninggalkan UMNO/Jawatan menteri ia akan menerima risiko yang berat sangat sebagai parti pembangkang dan ini yang jarang orang lain lakukan selama ini.



No comments:

Post a Comment