Thursday November
26.2015
OLEH:
SHAIMON S JUMADI
SANDAKAN:- Penanaman Pokok
Kayu Manis sama ada secara komersial
ataupun tanam 4 dan 5 pokok boleh
jadikan sumber pendapatan untuk menaik
taraf ekonomi rakyat.
Seperti yang terdapat di
Semenanjung penanaman Pokok Kayu Manis
secara komersial telah menghasilkan pendapatan yang lumayan kerana kayu manis mendapat
pasaran yang meluas.
Adakah Jabatan Pertanian
Sabah menanam Poko Kayu Manis. Saya
berpendapat jika kerajaan Negeri membuka ruang kepada para petani dan
pekebun yang mempunyai keluasan tanah adalah lebih baik kerajaan melalui jabatan
Pertanian Sabah mengorak langkah baru
dan mencadangkan dan mengsyorkan kepada para pemilik tanah agar menanam Pokok
Kayu Manis sebagai sumber pendapatan yang boleh menjana ekonomi rakyat.
Dato Seri Paduka Dr Kemellia
Hassan seorang Aktivs Masyarakat yang sebagai pencetus idea mencadangkan kepada
kerajaan negeri melalui agensinya Jabatan Pertanian agar menggalakan rakyat di
negeri ini yang mempunyai tanah sendiri supaya menanam Pokok Kayu Manis sama
ada secara kemorsial ataupun tanam antara dua hingga lima pokok sebagai langkah
pertama jika sudah mendapat hasil yang lumayan barulah menanam secara
besar-besaran.
“Saya akan berunding dengan
keluarga saya yang mempunyai tanah agar menanam satu dua pokok dulu Pokok Kayu
Manis jika sudah menguarkan hasil barulah menanam secara komersial untuk
dipasarkan” Katanya kepada Media portal malam tadi.
No comments:
Post a Comment