KENYATAAN PIHAK POLIS BERCANGGAH RAKYAT JADI KELIRU DAN JADI TAKUT


Monday November 23.2015

OLEH: NURLIYANA ABDULLAH

 DI Malaysia ini baik pemimpin atasan atau ketua jabatan selalu saja kenyataan mereka bercanggah dan kemudian rakyat jadi bingung dan ketakutan.

Misalnya ketua polis negara mengatakan ada pengebom berani mati di Sabah dan di Kuala Lumpur kesannya rakyat jadi takut dan kemudian pelancong-pelancong yang dijadualkan datang ke Sabah terpaksa membatalkan untuk pergi ke Sabah kesan kenyataan itu.

Kemudian ketua polis di Kota Kinabalu pula mengatakan jangan mendengar kabar angin dan ini lagi aneh kelihatannya sedang yang mengeluarkan kenyataan itu ketua polis negara sendiri.
Bagai mana itu?

Memang rakyat keliru kesan kenyataan yang bercanggah dan akhirnya merugikan Sabah sendiri kesan pelancong luar negara yang mahu datang ke Sabah terpaksa membatalkan kedatangan mereka.

Saya pun kekadang tidak mengerti keadaan semacam ini!

 Petikan berita dari BERNAMA

Tindakan Tegas Terhadap Pihak Sebar Maklumat Pengebom Berani Mati Di Sabah - Polis


KOTA KINABALU, 21 Nov (Bernama) -- Polis akan bertindak tegas terhadap mana-mana individu termasuk anggota polis yang terlibat menyebarkan maklumat mengenai kehadiran pengebom berani mati dari kumpulan Abu Sayyaf di sekitar negeri dan bandar raya ini.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata pihak polis memandang serius perkara itu dan tidak akan berkompromi berikutan maklumat itu menjadi viral di laman sosial, sehingga menimbulkan kebimbangan orang awam terhadap keselamatan negara.

Jalaluddin tidak menolak kemungkinan terdapat pihak atau individu tidak bertanggungjawab yang sengaja membuat andaian dan propaganda bagi menimbulkan panik dan kegusaran rakyat negeri ini.

"Saya minta kepada semua masyarakat (Sabah) jangan panik, jangan terpedaya dan jangan menokok tambah apa-apa maklumat tidak betul itu kepada semua pihak.

"Polis telah membuat laporan polis mengenai perkara itu dan kita juga sudah mengenal pasti siapa dalang tidak bertanggungjawab itu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Deepavali warga polis Sabah di sini, Sabtu.

Jalaluddin berkata demikian bagi mengulas maklumat tersebar yang mendakwa kumpulan Abu Sayyaf menempatkan lapan pengebom mati di beberapa lokasi penting di Sabah khususnya sekitar bandar raya ini.

Beliau berkata Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa menerima pelbagai maklumat, tidak kira dari dalam mahupun luar negara, termasuk negara jiran, dan maklumat itu akan ditapis bagi memastikan kesahihannya.

"Tambahan pula dalam isu sekarang ini, Sabah ada sedikit ancaman daripada negara jiran yang melakukan jenayah rentas sempadan," katanya.

Jalaluddin yang tidak mengatakan "benar" atau "tidak" maklumat disebarkan, bagaimanapun berkata, pihak polis akan sentiasa bersiap-siaga untuk menghadapi sebarang ancaman dan kemungkinan.

"Polis sentiasa bersedia dan kita tidak akan berdiam diri," katanya.POSTED BY BERNAMA




No comments:

Post a Comment