MAKAN BABI-MINUM ARAK-ZINA DAN JUDI HUKUMNYA HARAM TAPI MAKAN RASUAH DIHALALKAN

OLEH: SHAIMON S JUMADI

DALAM mengharungi kehidupan dunia yang penuh pancaroba ini  memang banyak menempuh pelbagai rintangan, cabaran dan pelbagai masalah yang memang tidak boleh dielakan setiap insan yang bergelar manusia.

Ada beberapa perkara saya ingin merungkai yang memang sudah termaktub dalam bab undang-undang hukum hakam Agama Islam sesiapa yang melanggarnya

Sebagai contoh kalau seseorang mukmin/Islam melakukan maksiat seperti berzina dengan bukan muhrim, berjudi, minum arak, makan daging babi  hukumnya haram disisi agama Islam, sedangkan perkara keji itu jika dibuat hanya dosa membabitkan seorang saja ia tidak membabitkan orang lain ia ditanggung sendiri.

HARAM HUKUMANNYA...Orang Islam yang minum arak hukumnya haram dan Orang Islam makan Rasuah hukumannya halal

Berbalik kepada hukum haram tadi apa cerita kalau orang-rang Islam yang mengamalkan makan rasuah, rasuah sudah jadi darah daging mereka, lantaran duit rasuah itu digunakan untuk membeli  barang-barang makanan dan hasil duit rasuah tadi dimakan oleh semua keluarga termasuk anak isteri ini lagi berat hukumnya kerana duit haram tadi diberi makan kepada anak-anak isteri mereka.

Jadi kesimpulan guna duit rasuh kasih makan anak-anak Isteri itu tidak haram seluruh keluarga terbabit memakan hasil duit haram, tetapi perkara ini orang-orang Islam jarang mempertikaikan  soal rasuah adalah haram.

Demikian pandangan seorang Aktivis Masyarakat Dato Kemellia Hassan yang bercakap tentang hukum hakam.


Kata Kemellia lagi orang Islam suka bercakap kamu jangan berzina, jangan minum arak jangan beli toto kerana hukumnya haram tetapi masyarakat Islam pula jarang melarang kamu jangan melakukan rasuah hukumnya haram sehingga ke hari ini kegiatan rasuah memang sukar dibendung dan sudah menjadi satu amalan budaya dan darah daging kepada orang-orang Islam.


Orang-orang Islam berjudi beli toto , berzina dan minum arak dipandang seong oleh masyarakat sekeliling tetapi orang-orang yang mengamalkan rasuah sehingga kaya raya dipanggi tinggi dipandang mulia oleh sekeliling masyarakat.

No comments:

Post a Comment