HAMIDAH OSMAN DIPECAT DARI UMNO MUHYIDDIN DAN SHAFIE ABDAL BAKAL MENYUSUL KEMUDIAN PEMBUANGAN.


Tuesday December 01. 2015

OLEH: NURLIAYA ABDULLAH

DALAM  Islam soal keadilan itu tidak memilih sesiapapun baik terhadap manusia sesama termasuk haiwan dan dan binatang.

Keadilan memang perjuangan semua orang dan merupakan ajaran Islam sebab tanpa keadilan baik dalam rumah tangga atau kepimpinan negara akhirnya akan punah dan binasa.

Saya lihat dalam UMNO ada sesuatu yang pincang bila melibatkan wanita dan jelasnya kesan Hamidah Osman bersuara latang kepimpinan UMNO pecat beliau dan memang ini di luar jangka.

Saya bersetuju jika memang dia melanggar peraturan-peraturan  parti atau tidak beretika ketika melontar kenyataan tetapi jangan lupa Tan Seri  Muhiyidin Yassin  dan Datuk Shafie Abdal  apdal lagi lantang banding Hamidah tetapi hingga sekarang tiada pula tindakan.

Apakah kerana Hamidah seorang perempuan yang dianggap lemah dan Muhyddin juga Safiee tidak dipecat sebagai Timbalan Presiden UMNO dan Naib Presiden lantaran kerana mereka lelaki?

Di mana sebenarnya keadilan yang diperjuangkan oleh UMNO bila memperkatakan hal ini?

Kaum wanita perlulah bersuara agar di mana-manapun keadilan itu harus ditegakkan kepada siapapun tak kira apa jentinanya baik lelaki, perempuan atau pondan@tomboy.
Salam

ULASAN EDITOR.

Tan Seri Muhyiddin Yassin dan Datuk Mohd Shafie Hj Abdal akan disingkir juga sebelum menjelangnya Perhimpunan Agung  8hb Disember ini.


Ini adalah dasar dan polisi UMNO di bawah pimpinan Najib sesiapa yang tidak satu kepala denganya dan  kuat mengkritik apa juga perbuatan songsangnya pasti akan jadi mangsa pemecatan dari UMNO>


Kita lihat akan nasib Muhyudin dan Shafie pada masa terdekat ini pastinya kedua-dua tokoh ini juga akan dipecat dari UMNO.

No comments:

Post a Comment