Sunday 22 November 2015
OLEH: SHAIMON S JUMADI
PEMIMPIN YANG PRIHATIN..... Kelihatan Rahimah bersama rombongannya berada di salah sebuah rumah warga tua
BATU SAPI:- Sesama
insan ingat mengingati antara satu sama yang lain adalah perbuatan yang mulia
ini sebahagian daripada tuntutan ajaran
Islam apa lagi kalau kita mengingati jasa-jasa orang tua.
Mengingati orang-orang
tua mereka sambil kita menziarahi sambil kita
membawa ole-oleh atau buah tangan mereka yang tinggal di pusat-pusat
rumah-rumah orang tua atau dikediamannya sendiri adalah merupakan orang-orang yang bersifat
berkemanusian yang tidak sampai hati
bila melihat insan yang memang merlukan
sesuatu bantuan.
Pagi tadi satu
rombongan daripada Pergerakan Wanita Cawangan UMNO Batu Sapi yang diketuai oleh Ketua
Bahagian Wanita UMNO Batu Sapi Rahimah Asra telah membuat kunjungan kerumah
warga tua disalah sebuah kampung dikawasan Batu sapi sambil memberikan
sumbangan barang-barang keperluan harian.
Kata Rahimah kita
sebagai insan tidak harus menyisihkan mereka warga emas (warga tua) sama ada
mereka tinggal di rumah sendiri ataupun rumah orang-orang tua kita harus
menjengok.
“Orang-orang tua yang
sudah uzur harus dipelihara selagi hayatnya masih hidup kerana kalau tiada mereka yang membesarkan dan
mendidik kita sehingga diri kita sekarang jadi orang yang berguna kepada
masyarakat jangan sesekali
mensia-siakan kedua-dua orang tua kita.
Memang sering bermain berkata-kata
diladah yang menyebut 10 orang anak, emak seorang boleh menjaganya
sehingga dewasa akan tetapi 10 orang anak belum tahu boleh menjaga seorang ibu
inilah yang mengingatkan kita semua jangan jadi anak durhaka kepada orang tua kita yang banyak
menabur jasa bakti kepada kita ”ujarnya.
No comments:
Post a Comment