KALI KDUA BERITA PALSU TERSEBAR LUAS PERTAMA EBBY YUS DAN KEDUA JALALUDDIN HASSAN DIDAKWA MENINGGAL DUNIA

Tuesday December 01.2015



OLEH: AZMIE AZMAN

SEBAGAI media portal seharusnya tidak  menyiarkan berita-berita palsu yang menjadi viral untuk mengaibkan seseorang seperti tentang kematian seseorang sedangkan orang yang diberitakan mati masih waras hidup dalam sihat sejahtera.

Empat hari lalu orang ramai khususnya para peminat seni lakunan telah digemparkan berita kematian seorang pelakun terkenal veteran iaitu Datuk  Jalaluddin Tan Sri Hassan berita itu menjadi viral meluas tersiar di beberapa portal yang tidak bertanggungjawab menyebarkan berita palsu seumpama itu.

Sebenarnya yang meninggal dunia adalah abangnya Datuk Fuad TanSeri Hassan dan bukannya Jalaluddin seperti yang tersebar luas.


Pengerusi Ahli Lembaga porta The Sabah Insider Dato Seri Paduka Dr Kemellia Hassan (gambar) turut terkejut dengan berita ntentang kematian Jalaluddin Hassan.

Dan ini adalah kali kedua media portal menyebarkan berita palsu pada bulan Oktober lalu dimana seorang pelawak veteran Ebby Yus yang dimasukan ke wad  Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu kerana radang paru-parunya bermasalah juga dikhabarkan meninggal dunia.
 
“Saya amat kesal tindakan dan perbuatan beberapa media portal yang sengaja membuat berita-berita palsu itu yang bertujuan untuk mempolaritikan media portalnya di mata para pembaca sehingga tergamak membuat berita palsu” tegasnhya.



No comments:

Post a Comment