Tuesday November 24. 2015
OLEH: SHAIMON S JUMADI
SANDKAN:- Pengerusi
Ahli Lembaga Portal Online The Sabah Insider.Net yang juga seorang Aktivis Masyarakat Dato Seri Paduka Dr Kemellia Hassan (Gambar)
menyokong saranan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri
Tajuddin Abdul Rahman yang meminta rakyat supaya menanam sayur-sayuran
untuk kegunaan sendiri dan bukannya bunga dan pokok-pokok perhiasan.
Kemellia berkata apapun terpulang akan kehendak
individu masing-masing punya hobi ada yang suka tanam sayur sebagai
langkah berjimat da nada yang suka taman bunga buat hiasan dan lebihnya juga boleh
dipasarkan.
“Saya amat menyokong saranan Datuk Tajuddin akan
tetapi rakyat tak perlu dipaksa untuk berbuat demikian ini terpulanglah kemahuan
sendiri” katanya kepada wartawan The Sabah Insider malam tadi.
Beliau berkata, rakyat tidak perlu membayar untuk
sayur-sayuran yang diimport, yang kini menjadi semakin mahal disebabkan oleh
kadar pertukaran dan kejatuhan nilai ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat.
"Jika 'Jom Bertani', kita tanam apa yang kita
perlukan, maka tidak ada keperluan lagi untuk membeli. Tidak akan ada isu
mengenai kadar pertukaran. Jadi ini adalah langkah yang berkesan” katannya
lagi.
Jom Bertani’ adalah program sosio-ekonomi luar bandar
bertujuan membantu penduduk kampung untuk menanam sayur-sayuran, buah-buahan,
ternakan dan ikan untuk mengurangkan kos sara hidup yang tinggi. Ia juga
bertujuan untuk menghidupkan semula industri pertanian yang semakin merosot”
Tambahnya
No comments:
Post a Comment