MUSA AMAN & ESSCOM GAGAL KAWALAN PERAIRAN SABAH



Jumaat November 20.2015

OLEH: NURLIYANA ABDULLAH

BERAPA biji kepala rakyat lagi yang bakal dipancung? Berapa banyak lagi yang bakal susah? Apakah rakyat terus di dalam gusar dan was-was bergerak ke sana sini? Apa namanya BEBAS yang dimaksudkan? Apakah kita ini benar2 bebas dan merdeka?

Semuanya ini menjadi persoalan di kepala semua orang dan mereka yang hidup bersandar kepada laut di sekitar perairan pantai timur Sabah pasti dalam kekhuatiran dan berhati-hati.

Tak cukup dengan rompak, bunuh, ragut, pecah kereta di kota, desa, mukim kampung kini menjalar liar pula di lautan dan ketika makan di restoran di pesisiran pantai. Apa makna hidup kalau senantiasa dalam keadaan ketakutan?

Musa bin Aman selaku ketua menteri dan pengarah keselamatan negeri Sabah kena bertanggungjawab dan ESSCOM kena kaji strategi atau tambah ahli dan senjata untuk menjaga perairan pantai timur Sabah dan kalau ini juga terus gagal maka jalan terbaik letak jawatan sebagai pegawai keselamatan dan demikian juga ESSCOM yang berbelanja berjuta.

Kita menghargai usaha kakitangan yang sedia ada tetapi kalau kelengkapan tak lengkap dan jumlah yang menjaga terlibat tidak mencukupi makna sudah tentu tidak berupaya menjaga kawasan pesisir yang luas melebar dari pesisiran pantai Kudat menuju ke Tawau.

Pengalaman di Lahad Datu dan banyak kes-kes sama pencerobohan yang menakutkan Sabah harus diambil pengajaran dan kerajaan persekutuan kena ambil serius untuk mengutamakan keselamatan di Sabah ini sebab kawasan di perairan pantai timur merupakan lokasi ramainya yang datang secara haram dari negara jiran dan ini kena fokas secara serius bukan main cakap-cakap semata.

INI BANGSA PILAK.....tiada peri kemanusian nama saja beragama Islam tapi kejam mengalahkan binatang 
 
Kita sedar kerajaan melalui ESSCOM dan diketuai oleh Musa Aman sebagai pengarah sudah berusaha tetapi sekadar usaha dan tidak mengambil tindakan yang serius untuk menambah anggota keselamatan dan senjata yang lagi canggih termasuk helikopter yang mudah bergerak maka usaha yang ada itu tidak bermakna malah akan banyak lagia kepala rakyat bakal dipancung di letak di mana2 kota di negara filifina.

Kita tidak mahu ada lagi kepala-kepala rakyat Malaysia terutama di Sabah dan Sarawak dipancung sesuka hatinya oleh si bangsat laknat dan jelas kasus menculik ini semacam sudah menjadi usaha pekerjaan penjenayah untuk berniaga mendapatkan duit juta2 secara mudah.

Yang melakukan pemancungan itu kena balas dengan pemancungan kepala mereka sendidiri tak kesah siapapun mereka dan apa agamapun dan inilah kesannya bila kita secara diam melakukan pintu terbuka. Apakah benar?

Kita sendiri boleh memberikan jawapan yang pasti dan kita mahu hidup dalam keadaan aman, bebas bergerak ke sana sini di bawah langit Malaysia yang merdeka.

No comments:

Post a Comment