Thursday 25 November2015
OLEH: THOMAS SUNGGIUK
GOTONG ROYONG... Penduduk gotong royong membaiki pulih jalan
PITAS:- Kerosakan Jalan Kampung Kanibongan, Jalan Kg
Naradang dan Jlan Kampung Solakalung di bawah DUN Pitas yang semakin teruk
perlu dinaik taraf untuk keselesaan penduduk-penduduk di tiga kampung berkenaan.

Wartawan Portal The
Sabah Insider yang meninjau sendiri
setelah dihubungi oleh beberapa penduduk Kg Kanibongan mendapati kerosakan jalan yang telah dialami
oleh ketiga-tiga Kampung itu perlu
dinaik taraf dengan segera kerana akibat kerosakan jalan itu dan tiada sesiapa
ambil tahu dan menyukarkan para petani
membawa keluar segala hasil masul tanaman mereka untuk dipasarkan.

Oleh kerana tiada
sesiapa yang memperdulikan masalah jalan diketiga-tiga kampung itu mereka
terpaksa mencari alternative lain bagi
mengumpul penduduk-penduduk kampung untuk mengadakan gotong royong bagi membaiki jaklan yang dimaksudkan
itu
“Kami bersumpah nanti
kalau pilihanraya umum (PRU14) nanti kami tidak akan mengundi calun BN bagus
kami undi PKR” kata beberapa orang penduduk.
No comments:
Post a Comment