CORETAN
DARI MEJA EDITOR
SHAIMON
S JUMADI
EKORAN
kerosakan Jalan dan system kumbahan yang tersumbat kemudian air bau busuk
melempah ruah diatas permukaam jalan di lorong belakang bagunan antara blok 6
dan 7 Old Slipway Bandar Sandakan telah menimbulkan keresahan di kalangan para
peniaga setempat berhampiran.
Masalah
tersebut sebenarnya sudah lama dialami saya kira sudah 2 tahun yang lalu
menurut peniaga berhampiran yang sempat ditemui oleh Kres Sabah Insider.Net
lebih 20 kali perkara tersebut telah diajukan dan membuat aduan kepada pihak
Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) tetapi amat mendukacitakan sehingga sekarang
tiada tindakan diambil.
Yang
menjadi masalah ialah soal system kumbahan yang tersumbahan dan melempah ruah
diatas jalan dari itu punca kerisakan jalan di lorong yang disebutkan itu
adalah berpunca daripada air kumbahan.
LAWATAN Pada 15hb April 2015 tiada tindakan sehingga ke hari ini
Pada bulan April 15hb 2015 saya sendiri
mengikut lawatan oleh seorang aktivis masyarakat iaitu Bryan Chang Shak Hung bersama seorang
supervisor Kekal Mewah kelokasi tersebut dan pihak Kekal Mewah telah berjanji
masa dua minggu kerosakan jalan akan dibaiki tetapi tidak menjanjikan untuk
membaiki system kumbahan yang tersumbat.
Tetapi
janji tinggal janji sehingga kehari ini jalan yang mahu dibaiki masih tidak
menjadi kenyataan malahan bertambah terus lagi.
Dalam
menangani masalah tersebut tidak kah terfikir pihak Majlis Perbandaran Sandakan
(MPS) untuk memperbaiki semua kerosakan yang jadi punca masalah besar di
kawasan Bandar.
LAWATAN TERBARU......Wong membuat lawatan kelokasi bagi melihat sendiri keadaan sebenar
Baru-baru
ini Ahli Parlimen Sandakan Stephen Wong telah membuat lawatan kelokasi yang
sama untuk mempastikan masalah tersebut sudah ditangani tetapi nampaknya tidak
berubah masih dalam situasi yang sama.
Dalam
satu kenyataan yang dikeluarkan dan tersiar diportal online Sabah Insider Wong
telah mengutuk sekeras-kerasnya terhadap ADUN Tanjung Papat yang juga selaku
Timbalan Ketua Menteri Datuk Raymond Tan
dan Presiden MPS Datuk James Wong kerana dianggap telah mengabaikan
tanggungjawabnya untuk mengatasi masalah itu.
No comments:
Post a Comment