Tuesday December 01.2015
DARI MEJA EDITOR
DARI MEJA EDITOR
SHAIMON S
JUMADI
HARI ini
saya ingin membicarakan tentang penggunaan daun Limau Purut kebanyakannya orang Jawa mengguna pakai daun Limau Purut
untuk menambah peresa supaya sesuatu makanan dan masakan itu agar menjadi wangi.
Dalam
penggunaan daun Limau Purut biasa di gunakan untuk dicampur dan sambal pecal
diperbuatan dari kacang tanah dan juga masakan lode.
Walaupun
sama bangsa sama dialeg bangsa Jawa cara masakan Jawa Indonesia dengan Jawa keturunan Malaysia lebih jauh berbeza Jawa lahir di
Sabah mereka kalau membuat sambal pecal mereka suka menggunakan daun Kencur/Cakur/Kusur,
sementara Jawa asli Indonesia buat sambal pecal atau masuk lauk lode suka
menggunakan daun Limau Purut memang lain rasanya guna daun kencur dengan
menggunakan daun Limau Purut. Daun Limau Purut rasanya padar-padar.
Berikut Pengenalan : Tanaman saka ini berasal dari Asia dan telah ditanam di Malaysia, Indonesia dan Thailand.
Habitatnya ialah di kawasan subur yang
bersaliran baik dan banyak ditanam disekitar rumah sahaja. Kulit buah limau
purut adalah berkedut, tebal, dan isinya tidak berapa berair. Tumbesaran
pokok adalah perlahan berbanding dengan spesies limau lain.
Ketinggiannya boleh mencapai sehingga 30 m.
Daunnya yang bersayap memberi gambaran dua helai daun yang dicantumkan hujung
ke hujung.
Khasiat dan Kegunaan : Daun limau purut banyak digunakan dalam masakan seperti
tom yam kerana bau dan rasanya yang unik. Ia juga digunakan sebagai ramuan
ubatan dan juga bahan untuk mandi wap. Selain berkesan sebagai penggalak
antitumor atau pencegah kanser, limau purut juga boleh digunakan untuk mencuci
rambut dan mulut serta boleh membunuh pacat.
Ekstrak minyak patinya boleh digunakan sebagai
aromatherapi, nutraseutikal dan produk penjagaan diri. Limau purut juga
berupaya merawat luka, lebam dan gigitan serangga berbisa serta
merangsang perjalanan darah.
No comments:
Post a Comment