Sunday November 29.2015
OLEH: SHAIMON S JUMADI &
ADMIN DAP
SANDAKAN:- Satu penyelewengan terhadap sebuah syarikat
yang didakwa misteri tanpa sebarang adanya rekod yang telah mendapat kontrak
stesen hidroelektrik 180MW Sabah kini akhirnya terbongkar.
Syarikat tersebut yang memiliki
syer sebanyak 60 peratus untuk mengendalikan stesen janakuasa tersebut kini
didedahkan untuk pengetahuan rakyat jelata oleh Ahli Parlimen Sandakan (DAP)
Stephen Wong dalam satu kenyataannya dengan portal online The Sabah Insider.Net
malam tadi.
Dengan itu Wong mengutuk-kerasnya
sekeras tindakan mewujudkan stesen
janakuasa bebas(IPP)ini, tidak membawa sebarang manfaat kepada rakyat Sabah.
Beliau juga bertanya kepada
menteri Datuk Maximus, mengapakah membenarkan syarikat yang misteri ini
mendapat kontrak tersebut? Apakah kelayakan syarikat tersebut? Stesen janakuasa
merupakan infrastruktur asas yang memerlukan kepakaran teknikal, syarikat yang
mengendali stesen janakuasa semestinya syarikat yang berpengalaman dan
professional, tetapi mengapa menteri memberikan kontrak yang begitu besar kepada
syarikat yang tidak jelas latar belakangnya?
Wong berkata demikian dalam
sesi perbahasan bajet peringkat jawatankuasa. Beliau berkata, dalam projek
stesen janakuasa ini, kerajaan negeri dan SESB harus memiliki syer 40%
masing-masing dan mengendalikannya bersama, bukan melanjutkan mod IPP, kerana
terdapat banyak IPP di Sabah tidak diuruskan dengan baik, mengakibatkan
kerugian dan gangguan bekalan elektrik berlaku, menjejaskan kehidupan rakyat
jelata, ini membuktikan syarikat sebegini gagal dan tidak berupaya untuk
mengendali stesen janakuasa.
Menteri menjawab, ia
diserahkan kepada syarikat swasta kerana kos akan ditanggung oleh syarikat
berkenaan, tanpa memerlukan wang kerajaan, tetapi Wong membantah dan berkata,
sebelum ini menteri pernah mengatakan bahawa kerajaan akan memberikan
peruntukan untuk pembinaan, kini berubah lagi, kerajaan harus memberi
penjelasan! Menteri tidak menjelaskan sebab syarikat tersebut dipilih, hanya
menyatakan terdapat 6 syarikat tender dan syarikat tersebut telah berjaya.
Wong juga bertanya, adakah
projek tersebut melibatkan pengambilan tanah rakyat? Sekiranya adalah tanah
hutan simpanan, adakah laporan penilaian persekitaran telah dibuat? Kata Wong,
kerajaan harus menjelaskan kepada semua rakyat, pastikan ini bukan projek
kayakan kroni, dimana pihak kroni mengaut keuntungan banyak tetapi kualiti
janakuasa dan perkhidmatan kurang memuaskan, sehingga mengalami kerugian dan
gangguan bekalan elektrik berlaku, sama seperti IPP di Sandakan yang tidak
diuruskan dengan baik dan telah berhenti, menyebabkan kawasan Sandakan sering
mengalami gangguan elektrik.
Menurut menteri, syarikat
berkenaan memiliki syer 60% , manakala kerajaan negeri dan SESB memiliki syer
20% masing-masing.
Wong mengkritik, IPP bukan
sahaja tidak dapat menjalankan tugas janakuasa dengan baik, malah menyebabkan
Sabah sering mengalami gangguan bekalan elektrik, banyak perjanjian yang tidak
adil menyebabkan kerajaan negeri dan SESB harus memberikan jumlah peruntukan
yang banyak kepada stesen janakuasa berkenaan, menyebabkan masalah bekalan
elektrik Sabah semakin teruk, dan tariff elektrik semakin tinggi,
kelemahan-kelemahan yang berlaku di sepanjang proses penghantaran dan penjanaan
kuasa elektrik harus diperbaiki.
Wong berkata, negeri
Sarawak tiada IPP dan tariff elektrik mereka adalah 40% lebih rendah berbanding
dengan negeri Sabah. Stesen janakuasa Sarawak dimiliki oleh syarikat elektrik
Sarawak SESCO, oleh itu penjanaan sehingga penghantaran bekalan elektrik dapat
dikawal dengan baik, memastikan bekalan elektrik dan pengurusan kewangan dapat
diuruskan dengan baik. Disebabkan tiada IPP, maka tariff elektrik lebih rendah
dan sistem penghantaran elektrik lebih baik, Sabah harus mencontohi bahagian ini.
Kata beliau, Datuk Maximus
selaku ahli Parlimen Kota Marudu, harus mengutamakan kepentingan Sabah,
melindungi hak dan kepentingan rakyat dan memastikan rakyat dapat menikmati
bekalan elektrik yang baik, bukanlah membiarkan IPP menelan semua keuntungan.
Wong meminta menteri menyerahkan semua kontrak IPP kepada kerajaan negeri dan SESB,
supaya bekalan elektrik Sabah dapat dipertingkatkan.
Selain itu, beliau juga
bertanya tentang perkembangan stesen janakuasa Geotermal di Tawau. Projek
stesen tersebut sepatutnya bermula pada tahun ini, tetapi sehingga kini masih
tiada sebarang berita, dan pokok-pokok di kawasan perhutanan di sekitarnya
telah ditebang, Wong meminta kerajaan menjelaskan perkara ini.
Akhirnya, memandangkan SESB
akan mendapat peruntukan sebanyak RM328 juta dalam bajet 2016 dan peminjaman
sebanyak RM178 juta, Wong minta kerajaan jelaskan kegunaan peruntukan tersebut,
dan cara-cara mengatasi masalah kekurangan bekalan elektrik Sabah, serta
rancangan kerajaan terhadap masalah bekalan elektrik di Sabah pada tahun depan.
Wong berharap SESB dapat
memperbaiki masalah penghantaran elektrik di Sabah dan menstabilkan bekalan
elektrik, serta menjamin tidak akan menaikkan tariff elektrik, membebankan rakyat.
No comments:
Post a Comment