Monday November 23.2015
OLEH: KAMARUL ZAMAN
PETALING JAYA:- Berita agak mengejutkan tentang
cerita 360 Ketua Cawangan UMNO dilima
negeri bermula dari Negeri Sembilan,
Johor, Perak, Selangor dan Sabah mereka
telah hilangan terhadap kepimpinan Presiden
UMNO Dato Seri Mohd Najib Tun Abdul Razaj dan mendesaknya supaya meletakan
jawatanb sebagai Perdana Menteri dan seterusnya melepaskan jawatan Presiden
UMNO.
Berita yang telah tersebar luas dan menjadi viral di
laman-laman social dan tersiar di media-media portal antaranya portal Sinaran Harian yang mendakwa
360 ketua cawangan UMNO dari lima negeri telah mendesak Najib agar meletakan
jawatan yang kini disandangnya.
Mohd Isa Mohd Yassin berkata mereka kini sudah hilang
kepercayaan terhadap pimpinan Najib yang banyak menyalahgunakan kuasanya
pertama penyelewengan 1MDB dan RM2.6 Billion kini menjadi isu besar kepada
seluruh rakyat di Negara ini.
Kata Mohd Isa lagi mereka cuma hendak menyingkir Najib dari
jawatan Perdana Menteri dan juga Presiden UMNO itu saja tiada niat lain kami
masih setia kepada UMNO akan tetapi jika Najib enggan mkenerima desakan itu
kami tiada lain pilihan melainkan kami terpaksa meninggalkan UMNO/BN.
“Kami yakin sekiranya Najib berunbdur dari kedua-dua jawatan
yang disandangnya ini, ini bermakna Najib mahu menyelamatkan perjuangan UMNO
yang akan terus memerintah Negara ini pada PRU14 nanti” ujarnya.
Katanya lagi rakyat di Negara ini sudah bosan mainan kotor
Najib di mana kes 1MDN dan RM2.l6
Billion tiada apa-apa tindakan diambil dan yang amat menyedihkan di mana
Sembilan orang yang cuba mempertikaikan kedudukan 1MDB dan RM2.6 Billion mereka
kesemuanya jadi mangsa pemecatan dari jawatan yang mereka sandamng ini.
Mereka yang menjadi mangsa keadaan ialah Timbalan Perdana
Menteri, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Peguam Negara,Pengarah
Komunikasi Strategik SPRM, Pengarah Bahagian Operasi Khas SPRM, Timbalan
Pengarah Polis Cawangan Khas, Peguam Veteran dan Gabenor Bank Negara.
Mohd Isa berkata lagi sesiapa saja di kalangan penjawan awam
dan juga para pemimpin kanan yang coba mempertikaikan soal 1MDB dan RM2.6 juta
pastinya mereka akan menerima nasib malam seperti 8 orang yang kini jadi mangsa
keadaan.
Kita lihat apa reaksi seterusnya cawangan-cawangan lainnya
kemungkinan akan mengikut jejak langkah 360 ketua cawangan UMNO itu untuk mendesak
kepada Najib agar meletakan jawatanya
sebagai Perdana Menteri sekaligus Presiden UMNO untuk menyelamatankan UMNO pada
PRU14 nanti.
Apa-apapun ini terpulang kepada kebijaksanaan Najib untuk
membuat pilihannya sendiri kalau ia mahu menyelamatkan perjuangan UMNO terus
memerintah ia terpaksa melapaskan kedua-dua jawatannya yang kini disandangnya
akan tetapi kalau Najib pentingkan dirinya dia tidak mahu kehilangan kedua-dua
jawatannya masa bodoh dialah kita sama-sama lihat kalau Najib terus
mempertahankan kedua-dua jawatannya ramai ahli-ahli keluar dari UMNO dan
menyertai Pakatan harapan nescaya jadi. Posted by Sabah Kreatif Portal
No comments:
Post a Comment