Saturday November 21.2015
OLEH: ISMAILY BUNGSU
OLEH: ISMAILY BUNGSU
KITA faham sangat dana YaPeim didapatkan kesan sumbangan
orang ramai atau rakyat atau ahli perniagaan yang bermurah hati dan sumbangan
itu khas untuk membantu pembangunan masyarakat Islam termasuk anak-anak yatim
dan itu tujuannya utama.
Tetapi bila diperhatikan ianya digunakan untuk acara di
Amerika, Paris dan akhir di Sydney jelas seolah visinya untuk luar negera diutama
dan bukankah itu satu pembaziran namanya dan setakat ini dekat sejuta sudah
dibelanjakan dan itu yang diketahui sebalik yang belum diketahui kita tidak
tahu.
Dalam keadaan ekonomi kita tidak bersahabat, rasanya cara
berbelanjaan kesan sumbangan orang ramai khas untuk orang miskin dan anak-anak
yatim di Malaysia ini sudah jelas tidak sesuai kerana di Malaysia masih banyak
lagi yang sangat-sangat memerlukan bantuan dana sedemikian.
Misalnya di Sabah kita perhatikan banyak sangat golongan
miskin yang perlukan bantuan dan masih banyak anak-anak yatim yang sama
perlukan dana untuk ke sekolah tetapi ada yang tidak diperhatikan dan rasanya
YaPeim kena memandang ke Sabah.
Kalau kita perhatikan ekonomi orang Islam masih lagi di
tokok lama berniaga di kaki-kaki lima tiada ruang dikhusunya banding di Kota
Kinabalu ada pasar filifin dan pasar ikan juga dimonopoli sementara gerai-gerai
di sana sini kelihatannya bukan orang Sabah.
Rasanya jawatankuasa yang barangkali ada ditubuhkan perlu
sangat memantau keadaan ini haruslah berkerja secara serius untuk mengelak
orang bumiputera kita termasuk anak-anak yatim terus terhindar dan menjadikan
masa depan mereka bertambah gelap.
Barangkali pihak-pihak yang berwajib kena perhatikan dan
perlu ada kajian yang mendalam tentang kasus ini termasuk mengkaji semula visi
dan misi YaPeim itu sendiri agar penubuhannya lebih berkesan bukan mengutamakan
yang di luar dan jelas berbelanja secara tidak berhemah.
No comments:
Post a Comment