KEMELLIA ........CADANG TANAM POKOK ,MINYAK KAYU PUTIH SECARA KOMERSIAL DI SABAH

OLEH: SHAIMON S JUMADI

SELAIN cadangan menanam Pokok  Kayu Manis secara komersial yang boleh menjana pendapatan ekonomi  rakyat  apa kata kerajaan  menanam Pokok Kayu Putih di Sabah secara komersial juga.

Tidak dinafikan ramai penduduk setempat yang tinggal di kawasan-kawasan perumahan mereka telah menanam Pokok Kayu Putih sebagai perhiasan saja dan tidak membawa sebarang hasil.

Jika Pokok Kayu Putih di tanam secara besar-besaran baru diproses sudah tentu pokok itu tadi mengeluarkan minyak kayu putih boleh dipasarkan seperti yang berlaku di Semenanjung.

Untuk menjana pendapatan bagi  menaik taraf ekonomi rakyat banyak kaedah yang boleh dibuat yang penting peranan Jabatan Partanian dan juga MARDI memberi pendedahan kepada para pemilik tanah dan juga petani dalam konteks memperkenalkan kepada rakyat faedah-faedahnya menanam sama ada Pokok Kayu Manis dan juga Pokok Kayu Putih.

Dalam kontek untuk memacu ekonomi rakyat  para belia yang masih menganggur  harus diberi peluang mengikuti kursus-kursus bagaimana  cara-cara menanam pokok-pokok tersebut, kerana dengan melalui pendedahan yang ditunjuk ajar oleh para jurulatih (tutor) mereka mendapat ilmu dalam pelbagai aspek.

Demikian dijelaskan sendiri oleh seorang pencetus idea Dato Seri Peduka Dr Kemellia Hassan dalam satu wawancara dengan media portal di sini hari ini.

Katanya terpulanglah kepada keputusan pihak kerajaan yang membuat semuanya itu kita hanya mencadangkan saja.



No comments:

Post a Comment