Friday November 27.2015
KARYA:
ISMAILY BUNGSU
KITA
mula jauh tersasar untuk mencapai apa
yang dihajati. slogan islam hadhari, negara islam contoh, kepimpinan melalui
teladan termasuk visi 2020 kelihatannya bakal lebur dan binasa punah dan inilah
hakikat di depan mata kita.
Wawasan
mahathir yang mahukan negara maju makmur di tahun 2020 yang tinggal lima tahun
lagi jelas hanyalah angan-angan Mat Jenin
dirosak binasakan oleh kepimpinan negara yang langsung tidak mesra rakyat.
Mereka
hanya saban hari mendendangkan yang baik-baik dan elok di kaca tv dan media utusan dan sebagainya
yang menjadi tali barut barisan nasional tetapi jelasnya semakin hari semakin
kita tersasar dan binasa.
Kejatuhan
ringgit dan minyak lebih menyebabkan kita parah dan jelas kerajaan yang ada
tidak bijak merancang membina negara bangsa.
Awal
merdeka kita punya bijih dan getah tetapi kesan british menyerang kita secara
diam lalu mereka guna getah tiruan dan kesannya getah tidak lagi menjadi sumber
terpenting ketika itu dan ketika itu kita belum kenalpun minyak.
Tetapi
kesan kepintaran kepimpinan negara ketika itu maka akhirnya minyak yang
didapatkan di perut bumi trengganu, kelantan dan juga sabah termasuk sarawak
merupakan sumber pendapatan yang menggantikan getah dan dalam masa sama
mahathir membina ekonomi lain seperti sawit dan proton.
Di
bawah najib bila minyak merundum maka najib menjadi buta hati dan mata tidak
dapat berbuat apa-apa apa lagi bila sawit dan juga getah terus jatuh kesan
peralihan cina membeli di di negara lain dan rakyat cukup menderita sekali.
Sesudah
ringgit menjunam teruk banding wang di negara lain maka ini menyebabkan
malaysia semakin parah berganda-ganda sudah jatuh ditimpah tangga lagi dan
kesannya mati ampai-ampai.
Lagi
terus mengampai bagai tinggal bangkai bila najib mulakan GST habis rakyat
digasaknya hingga tinggal tulang tanpa kira apakan dia janda, miskin papa,
buta, cacat terus membayar cukai berganda yang dinamakan GST itu dan ini memang
bala.
Paling
menakutkan sekali bila nanti perjanjian TPPA ditandatangani dan kata mahathir
kaki tangan kita bakal terikat bila mana perjanjian itu ditandatangani dan ini
merupakan bala buat Malaysia yang sejumlah 30 juta.
Memang
singapura dan brunei menyertainya tetapi kita jangan lupa singapura adalah
sebuah negara kecil dan penduduk tidak ramai dan negaranya terkaya di dunia,
sementara brunei juga sama penduduknya sekitar setengah juta dan negeranya kaya
raya.
Malaysia
pula berbeda yang selalu di bawah najib kita melihat kepimpinannya agak goyah
dan boleh saja malaysia bakal dijadikan budak suruhan sama seperti raja arab
setelah amaerika atas nasihati zionis menghancurkan timur tengah/Negara-Negara Islam yang cukup ditakuti oleh zionis yang
visinya kuasa dunia.
Tidak
hairan negara kita nanti sama ketika barat menjajah kita dulu segala hasil
mereka ambil dan kita tidak boleh berbuat apa-apa sebab dari segi undang-undang
jelas TPPA akan kuasai kuasa parilmen
nanti terutama yang menyentuh dengan ekonomi dan parlimen kena angguk patuh apa
yang ditentukan oleh TPPA.
Kita
cukup hairan sebab peraturan TPPA apa saja yang dibincang harus dirahsiakan dan
ini seolah ada muslihat tertentu dan sejauh mana rahsia itu bisa disembunyikan
maka akhirnya akan sampai juga nanti sebab tidak semua ahli-ahli dalam TPPA itu bisa dipercaya.
Kelihatannya
kita sebuah negara yang membangun dan usaha berjalan dengan gergasi dunia maka
pasti kita akan kena pijak-pijak tak terdaya dan inilah kuasa dunia kuasai
perintah negera kecil meski tidak melalui tentera, tetapi mereka usaha melalui
minda, budaya dan segala macam sebab musuh mereka sebenar ialah islam dan
kerana itulah mereka usaha menghancurkan.
No comments:
Post a Comment