MASYARAKAT KADAZAN-DUSUN DAN MURUT DUDUK DILUAR BANDAR SUKA PORTAL SABAH INSIDER.NET


Tuesday   November 24.2015


OLEH: THOMAS SUNGGIUK

KENINGAU:- Ramai di kalangan masyarakat Kadazan-Murut dan Dusun yang tinggal di kawasan pedalaman mereka semakin meminati membaca berita-berita yang tersiar diportal-portal seperti The Sabah Insider.
Mereka suka membaca berita-berita sensasi dan panas-panas mengenai rintihan dan tangisan rakyat yang banyak menderita khususnya yang tinggal di kampung-kampung di zon pedalaman yang tidak mempunyai apa-apa pembangunan dan kemudahan asas.

Tidak dinafikan akhbar-akhbar cetak dan lain-lain portal yang pro kerajaan mereka enggan menyiarkan akan kesusahan rakyat walaupun mereka terpinggir daripada menikmati arus perdana pembangunan.

Pihak The Sabah Insider rasa terhutang budi dengan adanya seorang penulis mudah iaitu Nurliayana Abdullah yang berasal dari Keningau telah banyak menulis tentang penderitaan orang-orang temnpatan khususnya masyarakat Kadazan-Dusun dan Murut yang tinggal di pedalaman.

Dengan adanya tulisan-tulisan Nurliaya Abdullah dan Ismaily Bungsu pihak pengurusan The Sabah Insider telah menyiarkan artikel-artikel yang dihasilkan mereka berdua yang bersesuaian untuk tatapan orang rama.

Dari itu masyarakat Kadazan-Murut dan Dusun semakin hari semakin meminati membaca portal Sabah Insider bagi menggantikan portal Sabahkini.Net yang sudah lama tergelam ekoran kematian CEO/Ketua Editornya Arwah MD Mutalib.

Walaupun Shaimon S Jumadi  tidak sehebat MD Mutalib tetapi beliau berani mendedahkan beberapa perkara yang penting sejajar dengan konsep The Sabah Insider dengan slogannya “MEMBONGKAR KEMUNGKARAN-MEMPERTAHANKABN KEBENARAN”.


Diharap lagi ramai penyumbang-penyumbang karya-karya mereka untuk dimuatkan diportal Sabah Insider supaya para pemimpin kerajaan dapat mengetahui segala rintihan dan tangisan rakyat miskin diluar Bandar sana supaya segala permasalahan akan dapat dipantau dan ditangani segera.

No comments:

Post a Comment