Friday November 27.2015
OLEH: SHAIMON S JUMADI &
THOMAS SUNGGIUK
TAMBUNAN: Penduduk Kampung Tampasak Liwan
dalam DUN Tambunan merasa sedih dan kecewa terhadap wakil rakyat Tambanun Tan Sri Joseph Pairin Kitingan yang didakwa tidak memperdulikan rintihan dan keluhan rakyat di kampung berkenaan.
Jalan Kampung Tampasak Liwan sepatutnya
dinaik taraf seperti jalan-jalan kampung lain untuk memudahkan penduduk
menggunakan jalan itu sebagai penghubung dan ulang alik.
Ini jelas wakil rakyat Tambunan tidak
punya hati perut dan simpati terhadap masalah yang dihadapi oleh penduduk Kg
Tampasak Liwan dalam memberikan kemudahan asas seperti jalan raya.
“Kami setiap hari bergelombang dengan
tanah liat kerana kenderaan biasa tidak boleh lalu menggunakan jalan ini yang
becak berlumpur sedangkan kereta pacuan 4 rodapun kepayaan”
Yang menyedihkan anak-anak pergi
kesekolah mereka terpaksa bergelombang dengan lumpur mereka terpaksa buka kasut
dan berjalan berkaki ayam” kata beberapa orang penduduk berkenaan kepada Wartawan The Sabah Insider
kelmarin.
Ini dasar pemimpin UMNO dan BN serupa
saja cakap tak serupa bikin selalu menabur janji kalau mahu dekat pilihanraya
baru sibuk masuk kampung keluar kampung dengan menabur pelbagai janji setelah
menang muka dan batang hidung merekapun tak nampak” jelasnya lagi kami
Mereka
merayu sebaik saja tersiarnya berita di dimedia portal The sabah Insider harap
ADUN Tambunan mengambil tindakan keatas jalan itu dan diharap dapat dinaik
taraf seperti jalan-jalan kampung lain dan jangan menganak tirikan kami juga
pengundi BN tetapi ADUN kawasan Tambunan tidak mengenang budi.
No comments:
Post a Comment