Sunday
November 29. 2015
OLEH: NURLIYANA ABDULLAH
HAKIKAT benar dan jelas bahawa sejak
kebelakangan ini menyertai parti pemerintah di kepala mereka ada yang jelas
untuk jadi kaya dapat projek bolehlah enjoy joli sana sini kumpul harta
menimbun-nimbun dan kemudian mula berlagak bak orang kaya baru.
Rata-rata turun naik pejabat dan minta projek dan minta
rekomen menteri agar dapat projek secara "award" dan bila dapat lalu
dialibabakan dan mereka hanya diam tunggu komisen. Kalau projek besar, maka
besarlah komisennya dan jika kecil maka kecillah.
Itupun terserah kedudukan
seseorang kalau jawatannya hebat maka hebatlah mereka dapatkan dan kalau
sekadar ketua cawangan parti maka kecillah pendapatan atau sekadar menyewakan
lesen sudah cukup kata mereka atau dapat projek bersih parit di halaman rumah
dan untung bagi=bagi sama.
Demikian juga kalau seseorang itu memang di
sebelah parti pembangkang, jangan harap akan dapat sesuatu malah mereka seolah
tidak wujud dan mereka diketepikan hak meski sebenarnya semuanya membayar cukai
kepada kerajaan untuk menyumbang di dana WANG DISATUKAN.
Kalau lokasi rumah mereka itu misalnya perlu
tiang letrik dan tak punya maka bertahun-tahunlah jawabnya menderita dan
demikian juga soal jalanraya di kampung/kalau misalnya pembangkang siap akan
terus sama seperti jalan Jepun/Inggeris berdebu tanah merah.
Inilah namanya dendam!
Ingat, bila seseorang pemimpin itu telah
dipilih oleh rakyat, dia bukan lagi pemimpin parti yang dia sertai tetapi dia
pemimpin semua orang termasuk mereka yang dalam parti pembangkang dan
seharusnya tidak ada konsep berat sebelah.
Jika ada sikap berat sebelah, maka siaplah
kamu di mahkamah Allah akan diadili dan ditanya apa saja yang dilakukan kala
menjadi pemimpin rakyat dan itu sebab kala pemimpin tidak adil maka pemimpinlah
yang pertama masuk neraka.
Tugas pemimpin bukan semudah yang difikirkan
dan harus kala berada di atas tidak boleh sama sekali ambil kesempatan untuk
kayakan anak bini, kroni dan segala suku sakat hingga ada yang menjadi jutawaan
dan ini tidak boleh diamalkan dan kesannya negara bangsa akan susah.
Bila ketirisan berlaku di sana sini dan yang
kaya bertambah kaya, pusingan wang tidak menjadi maka terjadilah inflasi,
barang-barang naik harga, pendapatan
rakyat tidak lagi sesuai dengan kos hidup dan kesannya rakyat bertambah susah
dan menderita, maka kesannya kita akan tahu juga nanti.
Nah, inilah sebenarnya yang sedang berlaku
sekarang dan yang buta mata dan hati selalu saja berdalih dan mengatakan
pembangkang itu asyiknya begitu mencari kesalahan. Mencari kesalahan dan
kerajaan baiki memang tugas pembangkang dan kalau tidak membangkang tak kan
namanya PEMBANGKANG.
No comments:
Post a Comment