OLEH:
SHAIMON S JUMADI
SANDAKAN:- Terdapat beberapa tempat antaranya Batu
Sapi Batu 7 Jalan Air Port dan Batu 5 Jalan Labuk telah dikenali pasti dan dikesan tempat
berisiko tinggi wabak demam denggi akibat gigitan nyamuk Aedes.
Kata Dayang Zubaidah Datu Tahil Pegawai Khas kepada
Ahli Parlimen Sandakan berkata seorang remaja dikenali sebagai Mazlan telah
dimasukan ke Wad Hospital Duchess of Ken Sandakan sejak enam hari lalu disahkan
oleh Dr terkena jangkitan wabak denggi.
Katanya ini semuanya berpunca kelalaian dan kecuaian
penduduk sendiri yang tidak pandai menjaga kebersihan di sekeliling rumah hanya
bergantung kepada pihak-pihak tertentu menganjur gotong royong di satu-satu
kawasan perumahan.
Sementara komen seorang Aktivis Masyarakat Dato Seri
Paduka Dr Kemellia Hassan sepatutnya penduduk di kawasan perumahan lebih
prihatian dan bertanggungjawab menjaga kebersihan di tempat masing-masing.
Kalau penduduk sudah memaklumkan berkali-kali kepada
pihak Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) suruh mereka membersihkan saliran parit
yang airnya bertakong dan tidak memperdulikan dengan rayuan penduduk, maka
penduduk jangan terlalu mengharapkan tindakan daripada MPS buatlah gotong
royong ajak penduduk setempat untuk membersihkan kawasan-kawasan yang kelihatan
semak samun.
Seandainya taman perumahan mempunyai badan NGO atau
JKKK atau JKDB seelok-elok mengadakan mesyuarat dengan penduduk kampung atau
perumahan untuk memngadakan gotong royong.
Dengan adanya berfaufakat sesama sendiri tentu menjamin kesejahteraan dan
keselesaan penduduk di jauhi segala serangan nyamuk Aedes yang memang musuh
utama kepada manusia” kata Kemellia kepada media portal disini sebentar tadi.
Kemellia berkata lagi pastikan longkang-longkang dan
saliran parit sentiasa bersih tidak
tersumbat oleh sisa-sisa buangan sampah sarap yang menjadi punca dan penyebab
utama air bertakong tempat sarang dan
pembiayak nyamuk Aedes bertelur.
No comments:
Post a Comment