Saturday
November 28.2015
OLEH: NURLIYANA ABDULLAH
NURUL IZZAH ANWAR telahpun memfailkan saman fitnah terhadap
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan juga Datuk Seri Ismail Sabri
selaku menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah di Mahkamah Tinggi hari ini.
Selanjutnya
kita lihat apa yang akan terjadi. Khalid dan Ismail mengaitkan Nurul dengan
perbuatan khianat kepada negara ekoran pertemuan dengan anak perempuan bekas
ketua bersejata Sulu, Jamalul Kiram 111, Jacel H Kiram.
Apakah
benar Nurul selaku ahli parlimen Lembah pantai itu khianat terhadap negara dan
apa saja ukurannya undang-undang untuk mengatakan ketika Nurul dijemput ke sana
untuk perbincangan boleh dianggap sebagai pengkhianat?
Apakah
pemimpin-pemimpin BN sebelum ini dan
juga pembangkang lain berjumpa suku sakat Kiram sebelum kasus di Lahad Datu
dianggap sebagai pengkhianat dan kalau sama pengkhianat maka kenapa tidak
disiasat?
Apakah
sesiapa saja yang digelar penceroboh tiada sesiapa boleh berjumpa dan apa
kurangnya kalau pemimpin atau bukan pemimpin negara berjumpa yang berkenaan
untuk maksud hadiri forum perbincangan untuk kedamaian?
Bukankah
jelas yang Esmail suku sakat Kiram/kalau tak silap terlibat kasus di Lahad Datu
dan pernah duduki kerusi ADO Kudat juga ahli UMNO? Kenapa selama ini tidak
dibangkitkan?
Kelihatanya
tindakan kerajaan mengangkat dan mengewar-warkan kasus ini satu kesilapan besar
sebab rakyat di Sabah cukup matang berfikir siapa sebenarnya pengganas.
Pernah
suatu waktu Zahid mengatakan yang ia sudah tahu siapa dalangnya kasus Lahad
Datu dan katanya dalam sehari dua akan dijelaskan tetapi hingga sekarang Zahid
tidak pernah menyatakan mengheret dalang yang memang Zahid kenal.
Jelasnya
kata-kata mereka itu hanyalah gimik politik yang sudah kekurangan modal untuk
diangkat kesan PM mereka sarat dengan skandal yang cukup berat menyebabkan
negara jadi musnah kesan kepimpinan yang KORUP dan skandal di sana sini hingga
sekarang rakyat tidak puas hati sebab jawaban selalu menjadi tandatanya.
Kasus
isu ini diangkat jelas suku sakat Kirim di Sabah yang dulu memenangkan BN di
PRU-13 mula memikirkan cara lain dan tidak hairan suku sakat Kiram akan menolak
BN dan mula memberikan sokongan kepada pembangkang.
Ada
yang menjelaskan konon suku sakat mereka/Kiram yang memang ada di Sabah mula
tidak senang kesan dimalu-malukan dan kerana itu mereka siap untuk beralih
angin dan PRU-14 merupakan penentuan dan barangkali Sabah tidak lagi menjadikan
yang menentukan kemenangan BN.
Pendirian
saya jelas, kalau sekadar berjumpa dan bincang demi SILATURAHIM apa lagi mereka
muslim dan memang ada kaitan sejarah dengan Sabah maka sama ada dari kalangan
pemerintah atau pembangkang atau sesiapa saja tidak menjadi kesalahan sebab
yang paling penting NAWAITUnya.
Untuk
bercakap soal NAWAITU atau sama ada khianat atau tidak itu terserahlah kepada
penilaian diri sendiri sebab ianya merupakan subjektif.
Kita
lihat nanti!
No comments:
Post a Comment