Sunday November 29.2015
(
kesan PRU di depan pintu)
OLEH: ISMAILY BUNGSU
SAYA perhatikan
jawatankuasa penerangan di cabang
masing-masing kurang berfungsi dan harus
kena gerak cepat pantas untuk angkat ISU di daerah/Cabang masing-masing dan ketua-ketua cabang kena ambil perhatian ini.
Sehingga
kini saya kurang menerima bahan-bahan yang menjadi isu boleh menaikkan nama
parti dan ini kena ambil perhatian secara serius.
Saya
tahu banyak bahan-bahan di daerah/cabang yang didiamkan saja dan tidak sampai
ke negeri atau kebangsaan dan akhirnya tanpa rakyat lain tahu..
Misalnya
isu tanah, jalanraya, paip, letrik dan sebagainya.
Memang
sudah ada bahan-bahan yang kita terima
tetapi tidak menyeluruh dan ianya harus menjadi bahan sebaran harian untuk kita
perlihatkan kepada rakyat seluruh Sabah.
Saya
sudah sediakan banyak sangat group PKR di seluruh Sabah dan Sarawak yang ahlinya
berjuta tetapi saya perhatikan kurang penglibatan penerangan di cabang-cabang untuk mengangkat isu kecuali seorang dua dan
inilah kelemahan kita.
Saya
perhatikan adalah di group Watsapp tetapi itu hanya ahli-ahli kita sendiri yang berbalas hujah dan ini
sebenarnya tidak banyak mempengaruhi pembaca/pengundi yang kekadang akhirnya
kita SYOK sesama sendiri.
Sepatutnya
bahan-bahan yang ada di Watsapp dihantar
oleh teman-teman itu harus disebarkan di semua group-group facebook seluruh
Sabah dan Sarawak agar dibaca oleh rakyat ramai dan terserah sama mereka untuk
menentukan parti mana mereka mahu undi.
Kita
harus bijak menggunakan kesempatan yang sedia ada dan laman sosial saja yang
boleh membantu kita sebab banyak negara di timur tengah lingkup kerana
sebaran-sebaran yang demikian sampai ke
hadapan rakyat.
Semuanya
sudah tersedia, lalu kenapa kita tidak menggunakan kesempatan yang ada ini?
kenapa harusnya hanya menyebar di kalangan kita sesama kita?
Saya
harap ini diambil perhatian secara SERIUS dan yang berkenaan kena lipat ganda
usaha untuk memenangi hati rakyat demi menang bergaya.
No comments:
Post a Comment