KADAZAN-DUSUN MURUT DI KAWASAN PEDALAMAN MINAT PORTAL THE SABAH INSIDER.NET

Wednesday November 25.2015

OLEH: THOMAS SUNGGIUK
 
KOTA KINABALU:- Penerbitan portal online The Sabah Insider.Net yang baru berusia hampir dua tahun ini di negeri Sabah semakin hari semakin mendapat tempat dihati para peminat media portal.

Jelas ini  menunjukan  Total Page View Sabah Insider setakat ini berjumlah 77,817  orang yang sedang mengikuti perkembangan portal ini dari masa kesemasa ini menampakkan respond para pembaca setia semakin melongjak.
 
Ketua Pegawai Eksekitif  (CEO) The Sabah Insider Jun Pacifico Abdulah dan Pengerusi Ahli Lembaga The Sabah Insider Dato Seri Paduka Dr Kemellia Hassan mempunyai pandangan yang sama mengenai kewujudan portal Sabah Insider di negeri ini semakin bertanbah peminatnya.

“Kalau dulu Sabahkini.Net adalah merupakan media portal yang menyiarkan berita-berita panas dan sensasi yang dihasilkan oleh Arwah MD Mutalib sebagai CEO/Ketua Editor dan juga seorang wartawan veteran yang tidak asing lagi iaitu Shaimon S Jumadi yang tidak ketinggalan menghasilkan berita-berita panas di Sabahkini sebelum portal itu ditutup” katanya kepada media The Sabah Insider.

Kata Jun lagi misi dan visi portal Sabah Insider adalah sebagai wadah rakyat untuk berintraksi bagi menyuarakan segala rintihan dan tangisan rakyat terutama mereka yang tinggal di kawasan pedalaman.

Sementara komen Kemellia Portal The Sabah Insider adalah Nuetral and Flexible tidak berat sebelah dalam bentuk menyiarkan berita-berita di portal ini, sama ada berita itu datangnya daripada pihak pembangkang mahupun pihak kerajaan BN semuanya kalau bersesuaian berita itu wajar di terbitkan.

Kata Jun lagi masyarakat Kadazan-Dusun-Murut dan juga masyarakat cina yang fasih berbahasa Melayu mereka 80 peratus meminati portal ini kerana sejak kebelakangan ini banyak artikel-artikel hasil sumbangan dari penulis-penulis tempatan seperti Ismaily Bungsu dan Nurliaya Abdullah banyak menyumbangkan hasil karya-karya mereka yang memang sesuai diterbitkan di portal ini.

Jun menambah kata di sebelah semananjung Sabah Insider telah menempatkan dua orang wartawan iaitu Kamarul Zaman dan Kurapan A/L  Kepanauan  untuk mengikuti perkembangan semasa di beberapa negeri di Semenanjung.

Di Sarawak kita ada wartawan sambilan iaitu di Miri bernama Leonard Jukam ia bertanggunbgjawab membuat liputan mengenai perkembangan masa kini.



No comments:

Post a Comment