OLEH SHAIMON S JUMADI
BERCAKAP mengenai takongan yang terdapat di dalam
parit khususnya di kawasan-kawasan perumahan
agak sukar kita menyalahi mana-mana pihak sama ada hendak membabitkan
pihak berkuasa tempatan seperti Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) ataupin pihak
penduduk itu sendiri.
Akan
tetapi apa yang paling penting soal menjaga kebersihan di sesuatu taman
perumahan ianya tidak terletak tanggungjawab pihak MPS sahaja walaupun pada
hakikatnya MPS telah melantik berapa syarikat
konsisi untuk melaksanakan kerja-kerja pembersihan sama ada memotong rumput ataupun
membersihkan parit-parit dan longakang.
Para
penduduk yang kurang bijak berfikiran waras mereka sering beranggapan ini
semuanya tanggungjawab MPS lantas bila berlakunya sebegini rumah sudah
berbulan-bulan tiada sesiapa yang mahu bertanggungjawab untuk kerja-kerja
penyenggelaraan saliran parit-parit yang sudah dipenuhi oleh sampah sarap dan
menjadi penyebab utama air dalam parit tadi bertakong ini yang perlu diambil
perhatian oleh penduduk itu senhdiri jangan berharap sangat kepada pihak
kontraktor.
Memang
tidak dinafikan ada sebilangan kecil
kontraktor-kontraktor atau syarikat konsisi yang dilantik oleh MPS tidak
bertanggungjawab sambil lewa saja mereka bersikap jahil atau dajal tak ubah perangai tetutan punya syarikat seperti
ala anjing kurap.
Dalam
hal ini penduduk-penduduk berkenaan harus mencari jalan alternative untuk
mengatasi masalah parit tersumbat yang mungkin jadi sarang pembiayak nyamuk
Aedes yang amat berbahaya kepada manusia.
Penduduk
berkenaan harus menghubungi pihak Jawatankuasa
Kemasyarakatan Dalam Bandar (JKDB) kalau adalah jumpa pengerusinya untuk
mengadakan kerja gotong royong bagi membersihkan parit-parti yang tersumbat itu
ajak semua penduduk untuk sama-sama turun padang bergotong royong.
Kalau
semua bersih siapa juga yang senang jangan bertanggantung sangat kepada pihak
MPS sebenarnya pihak MPS kalau pungut cukai pintu memang nombor satu tetapi
soal menjaga kebajikan penduduk memang kurang dan langsung tiada perhatian.
Gagal
membayar cukai pintu nanti penduduk
dihantar ke balai polis mereka disumbat
ke dalam lokap bermingu-minggu lamanya dan tidak boleh diikat jamin.
Seorang
aktivis masyarakat yang juga Penolong Setiausaha DAP Sandakan Brayan Chng Shak
Hung setelah menerima panggilan dari seorang penduduk beliau bergegas datang
untuk sama-sama meninjau semua parit yang tersumbat..
Kata
penduduk itu perkara ini sudah berbulan-bulan telah dimaklumkan kepada MPS
sehingga hari ini tiada apa-apa tindakan diambil mungkin MPS mahu tunggu
penduduk-penduduk perumahan itu ada yang mampus diserang nyamuk Aedes baru bergegas
datang untuk membersihkan;.
No comments:
Post a Comment