AHLI-AHLI JKDB-JKKK RUKUN TETANGGA (RT) SAMA-SAMA MEMERANGI NYAMUK AEDES TIADA AEDES TIADA DENGGI



Sunday November 29 2015

OLEH: SHAIMON S JUMADI

SAYA ingin menarik perhatian seperti mana berita yang tersiar di portal The Sabah Insider 28 November ini berhubung peningkatan wabak denggi di daerah yang mencatat rekot 260 kes jangan  dipandang ringan oleh masyarakat yang belum dijangkiti wabak tersebut.

Seperti yang telah disarankan oleh Pegawai Kesihatan Pejabat Kesi8hatan Sandakan Johari Awang Besar setiap penduduk yang tinggal di kawasan  perumahan haruslah mengadakan gotong royong bagi membersihkan sekeliling kawasan rumah pastikan tiada saliran parit yang tersumbat air bertakong  pasu-pasu bunga sentiasa ditukar airnya dan tin-tin kosong hendaklah ditanam.

Katanya pada masa ini terdapat lima lokaliti wabak yang masih aktif iaitu Taman Fai Yin, Taman Mawar Fasa 2, Taman Rajawali, Trig Hill dan Taman Kenari yang merekodkan 26 kes.

Dato Seri Paduka Dr Kemellia Hassan berkata demikian ketika mengulas berita dimedia Sabah Insider berhubung dengan kes wabak denggi di Sandakan yang semakin meruncingkan.
“Kalau penduduk mempunyai daya pemikiran proatif dan inovatif dalam menjaga kebersihan disekeliling rumah sudah tentu nyamuk tidak mudah membiayak di satu-satu tempat yang mengandungi air.” Katanya lagi.

Katanya para pemimpin setempat harus dapat memainkan peranan penting menganjur program-program kesedaran tentang bahayanya wabak denggti ekoran terkena gigitan nyamuk Ades yang boleh mambawa maut kepada seseorang.

Katanya lagi badan-badan NGO JKDB dan JKKK termasuk Rukun Tetangga (RT) hendaklah sama-sama turun padang untuk memerangi nyamuk Aedes adakan gotong royong di setiap sudut kawawan perumahan.

No comments:

Post a Comment