GARA-GARA HIDANGAN TELUR PENYU JADI KONTRAVERSI DI KALANGAN MASYARAKAT

SOROTON DARI MEJA PENGARANG KANAN
SHAIMON S JUMADI


GARA-gara dihidangkan  telur penyu kepada tetamu ketita meraikan kedatangan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah pada satu majlis makan malam yang dilangsungkan disebuah restoran telah menimbulkan kontraversi di kalangan penduduk setempat setelah tersebar luas di portal media social.

Kenapa pihak Jabatan Hidupan Liar selama ini tidak  ada buat serbuan mengejut semua pemilik restoran semestinya mereka menyimpan stok telur penyu untuk special order.

Kalau Jabatan Hidupan Liar sering kali membuat serbuan mengejut sudah semestinya para pemilik restoran kedapapatan menyimpan telur penyu.

Yang peliknya  macam mana pihak restoran berani mengidangkan telur penyu sedangkan mereka tahu  telur penyu adalah barangan larangan  kemungkinan ada orang yang memesan membawa telur penyu dari pulau Selingan melalui penjaga pulau itu kalau tidak masakan berani menghidangkan benda tersebut.

Apa-apapun Jabatan Hidupan Liar dan Menteri  Kebudayaan dan Pelancongan Sabah iaitu Datuk Hj Masidi Manjung yang bertindak  akan mengambil langkah-langkah undang-undang terhadap  pemilik restoran, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah termasuk pihak penganjur majlis tersebut.

Jika berani Jabatan Hidupan Liar dan pihak Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan Sabah benar-benar berani berbuat demikian maka harus dijalankan segera kerana ini untuk meyakinkan rakyat bahawa Jabatan Hidupan Liar bersungguh-sungguh akan mengambil tindakan undang-undang.

Menurut undang-undang yang wajar dikenakan jika disabitkan kesalahan iaitu dibawah Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar 1997 Seksyen 41 yang memboleh didenda sebanyak RM50,000 penjara lima tahun atau kedua-duanya sekali.;

Kalau orang ramai orang biasa membeli telur penyu sebiji saja telah menjadi satu kesalahan besar tetapi  orang-orang pilak (filipin)  yang menjual secara terbuka diakhlayak ramai tidakpun ditangkap dibiarkan begitu sahaja sehingga penjaja haram Pilak itu naik taucang tidak takut dengan undang-undang.

Kita lihat sejauh mana pihak Jabatan Hidupan Liar akan bertindak terhadap mereka yang terlibat sebaik-baikhnya panggil semua yang hadoir dimajlis makan malam itu untuk beri keterangan tanya dari mana datangnya telur penyu itu.

Bagi pendangan saya apa kata kerajaan memberi kuota bagi penjualan telur penyu 50 peratus telur penyu supaya tidak pupus unti ditetas, sementara lagi 50 peratus untuk dipasarkan, apa gunanya kerajaan membelanjakan berjuta-juta ringgi untuk perongkosan pemeliharaan penyu kalau tidak boleh membawa keuntungan pulang pendapatan kerajaan.

Rugi saja kerajaan memelihara penyu baru tidak mengeluarkan hasil ada telur tidak boleh dijual dipasaran hanya untuk ditetas sahaja, tapi bagaimana ketatnya kawalan oleh penjaga Pulau Selingan tapi masih bolos masih banyak telus penyu dijual ditempat terbuka

Syabas pihak yang merakamkan gambar sehingga menjadi isu panas di kalangan  rakyat jelata mereka mendesat pihak Jabatan berkenaan jangan panas-panas tahi ayam  Alang-alang menyeluk pekasam biarlah sampai kelengan.







No comments:

Post a Comment