OLEH: E SORAYA EGG
Monday August 15/2016
1.SEDEKAT lalu tahap kesedaran rakyat Sabah masih rendah berhubung hak
dan tanggung jawab persekutuan terhadap rakyat di negeri ini.
Walaupun berbagai dokumen dan jaminan
perlindungan mereka dirangka semasa pembentukan gagasan Malaysia pada 16
September 1963 telah diabaikan, malahan adalah perkara sensitif jika rakyat
cuba membangkitkan dokumen perjanjian perjanjian yang dipersetujui bersama oleh
kerajaan pusat dan negeri.
2. Sejak kebelakangan ini kesedaran rakyat Sabah berhubung pembangunan,agihan kekayaan
negara,keadilaan pendidikan,jurang kemiskinan di antara negeri negeri seluruh
negara dan keadaan sosial yang tidak adil. Kesedaran ini juga dipacu oleh Sarawak
menuntut hak mereka tanpa selindung walaupun cara ini kurang disenangi
segelintir pemimpin dari Sabah.
Kesedaran
ini juga tidak hanya terbatas kepada pemimpin politik tetapi rentak ini telah
menjalar ke golongan profesional dan kumpulan kumpulan anak muda pasca merdeka
terdiri dari latar belakang berpendidikan.
Kesedaran
ini tidak hanya berlegar dari individu atau kumpulan tetapi jangkauannya luas
dan cepat melalui cyber dan isu isu berlegar cepat diserap dan rakyat sekarang
penuh maklumat tidak hanya bersumber dari pihak kerajaan melalui saluran media
utama tetapi media alternatif pun menghidangkan isu isu kelemahan pemimpin dan
kerajaan.
3. Tahap kesedaran sekarang sudah tinggi dan sudah ada kelompok
mendapatkan hak mereka dikembalikan tidak kurang juga ada pemimpin menganggap
apa yang ada sekarang sudah memadai tak usaha lagi tuntut dari persekutuan
kerana dalam keadaan ini membawa keuntungan lumayan dirinya serta orang
sekelilingnya kerana dilindungi oleh sekutunya.
4. Pemimpin begini perlu dijauhi merugikan
rakyat kerana cara pimpinannya menyelam sambil minum air mengunakan kuasanya
sebagai lesen mengambil harta rakyat,kekayaanya akan diturunkan kepada anak
anaknya seterusnya anak anak pula akan membeli kuasa dengan wang kekayaan
mereka,kuasa itu sentiasa pula akan digunakan terus menerus mencuri harta
rakyat.
Kalau tidak dihalang dari sekarang kita
sentiasa berketuakan pemimpin yang tidak jujur.
5. Rakyat Sabah berhadapan dua halangan
besar untuk menuntut hak pertama sikap persekutuan tidak ada kesungguhan
membantu dan sikap ejen mereka di sini sentiasa menghalang hasrat rakyat untuk
tujuan itu.
6. Hanya harapan kita terletak kepada
kesedaran rakyat Sabah dan pemimpin politik yang mendengar denyut nadi rakyat.
7. Pemimpin pemimpin politik yang pernah
berkhidmat dengan kerajaan pusat mungkin dapat membantu rakyat Sabah kerana
kumpulan ini ada pengalaman semasa bersama kerajaan dan gunakan pengalaman
ini,saya fikir rakyat Sabah boleh akan memberi kemaafan kepada kamu.
No comments:
Post a Comment