DBKK HARUS AMBIL TINDAKAN KEPADA PEMILIK KEDAI MINI MART NEVER CLOSE YANG MENJUAL MINUMAN TIN SUDAH EXPIRED


OLEH: SHAIMON S JUMADI

KOTA KINABALU:- Mini Mart Never Close  yang terletak di Blok 1 Api-Api Centre dekat sini  soalah-olah mahu  membunuh pelanggannya kerana  didapati menjual  pelbagai jenis minuman tin yang sudah luput tarikhnya (expired date)  kepada orang ramai dengan harga RM1.00 setin.

Krew The Sabah Insider.Net telah menghampiri  kedai berkenaan setelah banyak menerima  aduan daripada orang ramai yang mendakwa kedai tersebut menjual pelbagai jenis minuman tin yang sudah liput tarikhnya dan ini boleh membunuh manasia sekiranya mereka keracunan.

Pada mulanya orang ramai  berpusu-pusu datang membeli minuman tin yang disimoan  didalam kontena besar dan dibubuh air batu tambahan pula harganya murah setelah dinasihati oleh beberapa orang supaya jangan membeli mimunan tin yang sudah expired kerana boleh keracunan dan memudaratkan badan akhirnya minuman yang mengandungi lebih 100 tin terbiar begitu saja.

Diharap pihak Penguatkuasa DBKK yang terbaca berita yang tersiar diportal The Sabah Insoder ini dapat mengambil sebarang tindakan yang sewajarnya terhadap  pemilik kedai tersebut kerana menjual minuman yang telah tamat tempohnya


No comments:

Post a Comment