TIDAK KIRA MENTERI PEGAWAI KANAN KERAJAAN TETAP DIKENAKAN UNDANG-UNDANG MAKAN TELUR PENYU

OLEH: SHAIMON S JUMADI
 
SANDAKAN:- Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Dato Seri Ismail Sabri yang terlibat sama makan telor penyu dalam satu majlis Makan Malam di sebuah restoran Kenalanmu Taman Indah Jaya didakwa menolak bertanggungjawab.

Alasan yang diberikan oleh Sabri bahawa beliau tidak makan telor penyu kerana kolestrol alas tidak  munasabah.

Pegawai Khas kepada Ahli Parlimen Sandakan Amsi Liew yang turut mengkritik tindakan beberapa orang pemimpin kerajajan Barisan Nasionan (BN) yang terlibat sama bersama menteri berkenaan makan hidangan tetur penyu sebagai juadah dan santapan makan malam secara rasmi.


Katanya sama ada beliau (Sabri makan atau sebaliknya makan telur penyu barang larangan itu yang terhidang diatas meja memang telah menyalahi undang-undang dibawah Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar 1952 seksyen 41 jika sabit kesalahan boleh didenda RM50,000 penjara lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Liew berkata pada 11hb Mac 2015 dimana Presiden Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) telah melancarkan kempen besar-besaran supaya orang ramai  jangan membeli telur penyu kerana sudah jadi barang larangan sambil mengeluarkan slogan “Terima Kasih Kerana Tidak Membeli Telur Penyu” kerana habitat dilidungi  pemiligaraan takut pupus.

Kempen yang diadakan di kawasan luar Pasar Umum Bandar telah menarik perhatian umum sehingg orang-orang Suluk Filipina dala seminggu tidak berani keluar menjual telur penyu secara terbuka lazimnya.

"Kini dalam kawasan pengawasan Datuk James Wong, masih ada pihak yang berani untuk menghidangkan telur penyu kepada para pegawai dan orang ramai dalam jamuan, lebih-lebihnya program UMNO kawasan Beluran, dan salah seorang tetamu di jamuan tersebut adalah beberapa orabng pegawai Majlis Perbandaran Sandakan (MPS)

"Saya berharap James Wong dapat mengambil tindakan tanpa berbelah bagi terhadap mereka yang makan telur penyu, untuk menunjukkan keadilan  untuk melaksanakan kerja memulihara dan memelihara penyu, jika tidak orang ramai tidak akan memberi kepercayaan kepada beliau lagi."

Liew berkata, penyu dilindungi di bawah Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar Sabah 1997, ia adalah satu kesalahan jika membunuh, menjual atau memakan haiwan-haiwan itu atau produk (telur) spesis itu, di mana sabit kesalahan boleh didenda RM50,000 atau penjara lima tahun atau kedua-duanya sekali.

“Saya harap pihak Jabatan Hidupan Liar Sabah jangan melepaskan batuk ditangga cakap tidak serupa bikin ambil tindakan sekeras-kerasnya supaya orang ramai lebih yakin lebih percaya terhadap kewibawaan Jabatan Hidupan Liar yang tidak memilih bulu atau pangkat salah tetap salah” Kata Amsil lagi kepada media portal Sabah Insider kelmarin.

Panggil semua tetamu  yang terlibat makan telur penyu itu untuk memberi keterangan termasuk pemilik restoran jika perlu tutup restoran itu kerana bersekongkol dengan para pegawai-pegawai kerajaan yang terbabit melakukan kesalahan itu.

Kalau menteri atau pegawai kanan kerajaan walaupun telah melanggar undang-undang main biar saja kenapa takut menangkap mereka, ramai pegawai kanan  kerajaan melakukan rahsuah atau jenayah berat jarang  selaki pihak polis berani menangkap main lepas saja kenapa orang awam yang melakukan perkara kecil disumbat bertahun-tahun lamanya dalam penjara tanpa adanya pembelaan dan dibicarakan ini betul-betul undang-undang Malaysia tidak adil pilih kasih kalau orang besar buat salah walaupun mereka membunuh orang sekalipun  dibiarkan saja tanpa dikenakan tindakan undang-undang

Kan lebih baik tukar saja hidangan daripada makan telur penyu jadi kesalahan kenapa tidak digantikan makan telur kura-kura sama saja rasanya cuma sizenya agak berbezaa sikit.

Saya cadangan pihak Jabatan Hidupan Liar dan pihak Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) adakan kempen besar-besar ajak orang ramai makan telur kura-kura lebih menjamin kesihatan tidak menyalahi undang-undang” Katanya.








No comments:

Post a Comment