OLEH: SHAIMON S JUMADI
TAWAU:- Berhubung hidangan telur penyu yang dijadikan
sajian dan santapan makan malam bersama seorang menteri persekutuan disalah sebuah restoran terkemuka disini
mendapat perhatian umum setelah gambar telur penyu dirakamkan kemudian dinaik
muat di laman social FB dua hari lalu.
Sebanarnya pihak restoran dan pihak penganjur lebih
maklum bahawa telur penyu sama ada yang menjual adan yang membeli adalah satu
kesalahan besar jika di sabitkan kesalahan boleh dikenakan
tindakan undang-undang dibawah Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar 1997 dibawah Seksyen
41 yang boleh dikenakan denda sebanyak RM50,000 penjara lima tahun atau
kedua-duanya sekali.
Syabas dan tahniah pihak
Jabatan Hidupan Liar kerana berjaya merakamkan gambar telur penyu yang
terhidang diatas meja sebagai bahan bukti dan seterusnya mengambil tindakan
terhadap pemilik restoran dan juga pihak
penganjur yang terbabit.
Begitulah penjelasan oleh
seorang aktivis masyarakat iaitu Dato Paduka Dr Kemellia Hassan dalam satu
kenyataan hari ini ketika diminta mengulas mengenai insiden itu.
Sambil memuji pihak Jabatan
Hidupan Liar yang tidak memilih bulu atau bias dan akan mengambil tindakan
tegas walaupun menteri, pihak penganjur majlis dan juga tuan punya restoran
bakal berdepan dengan undang-undang seperti yang saya sebutkan diatas ini.
“Tindakan pihak Jabatan
Hidupan Liar bertindak sedemikian ini boleh dijadikan contoh kepada orang awam
terutamanya orang-orang menjual telur penye secara terbuka seperti yang kerap
dilakukan oleh orang-orang filipin (PATI) tanpa segan silu menjual dan
menawarkan kepada pembeli” katanya lagi.
No comments:
Post a Comment