KALAU difikrkan Negeri
Sabah sudah mencapai kemerdekaan dalam 52 tahun memang tidak dinafikan Sabah
telah berubah wajah pembangunan tumbuh seperti cendawan.
Dalam menikmati
kehidupan rakyatnya tidak dinafikan juga terdapat 60 peratus telah menikmati kehidupan
senang lenang selebih masih diparas
kemiskinan tegar.
Saya amat tertarik bila
membaca berita yang tersiar di Sabah Insider kelmarin di mana berita itu telah
membongkar isu kemiskinan sekeluarga yang tinggal disebuah rumah usang diatas
bukit disebelah Kampung Sim-Sim.


Wakil Rakyat mempunyai
beberapa orang pegawai yang dilantik menerusi Unit Pemimpin Pembangunan
Masyarakat (UPPM) semoga setelah berita
ini tersiar saya harap para pegawai yang berkenaan dapatlah meninjau dan selanjutnya
memberi bantuan apa yang patut ini
sejajar dengan konsep kerajaan BN “Rakyat didahulukan Pencapaian diutamakan”
Seorang Aktivis
Masyarakat yang tidak asing di Sabah iaitu Dato Seri Paduka Dr Kemellia Hassan
(gambar) yang mempertikaikan kewibawaan para pemimpin Tanjung Papat yang
membiarkan fenomena itu sehingga jadi bahan dan topek cerita di sana-sini.
“Saya harap pihak JKKK
Kampung Sim-Sim agar dapat membuat bancian keatas sekeluarga itu seterusnya
salurkan kepada jabatan-jabatan yang berkaitan supaya mereka dapat pelbagai bantuan di
salurkan oleh kerajaan.”tegas Kemellia.
No comments:
Post a Comment