Tuesday March 22.2016
OLEH:
ISMAILY BUNGSU
www.sabahinsider14.blospot.com
BEKAS pemimpin pembangkang Anwar Ibrahim
tarik balik saman fitnah RM100 juta terhadap Presiden Parti Bersatu India
Malaysia S Nallakaruppan
Anwar, yang mewakili dirinya sendiri,
berkata dia bersetuju untuk menarik diri selepas Nallakaruppan menafikan
membuat kenyataan kontroversi itu , dengan mendakwa bahawa kata-kata beliau
telah diputarbelitkan oleh media.
Anwar juga berkata beliau gembira kerana
dakwaan bahawa beliau adalah pengkhianat seperti afidavit oleh Penolong
Pesuruhjaya Kanan Musa Hassan telah dinafikan oleh Nallakaruppan.
Terdahulu, ketika disoal Anwar (mewakili
diri sendiri), Nallakaruppan berkata 30 anggota polis menyerbu rumahnya pada 31
Julai, 1998 dan merampas pelbagai barangan.
Anwar secara berseloroh menyoal mengapa ini
berlaku sedangkan "awak bukan pengganas IS”.
Nallakaruppan berkata polis mahu mencari
bukti bahawa beliau telah meminta maklumat daripada Timbalan Perdana Menteri
(Anwar) untuk diberikan kepada kerajaan asing.
Anwar: Adakah dakwaan ini benar?
Nallakaruppan: Tidak, ini tak benar kerana
saya tidak mahu kaitkan rakan saya (Anwar) kerana saya juga diugut untuk
membuat pengakuan ini atau saya akan diletakkan di bawah Akta Keselamatan Dalam
Negeri. Untuk ini, saya ditahan selama 38 hari.
Anwar: Apa yang berlaku sepanjang 38 hari
tahanan?
Nallakaruppan: Polis cuba paksa saya untuk
tandatangani kenyataan kosong dan mahu saya mengakui bahawa saya bertindak
untuk negara asing dan Anwar menyediakan saya dengan maklumat.
Anwar tidak memberikan apa-apa maklumat dan
saya enggan buat kenyataan palsu atau menandatangani dokumen kosong itu.
Anwar kemudiannya mencelah "awak
seorang yang sangat berani" dan ini diikuti gelak ketawa di dalam bilik
mahkamah.
Anwar: Adakah awak sedar ada satu afidavit
oleh SAC II tan Sri Musa Hassan yang kemudiannya menjadi ketua polis negara
yang mendakwa bahawa awak (Nallakaruppan) memberi saya RM60 juta.
Nallakaruppan: Saya tidak tahu. Mereka ugut
saya dengan ISA, (tetapi) saya tak berganjak untuk kaitkan Anwar.
No comments:
Post a Comment