KIT SIANG DAN DR MAHATHIR BERSATU TUMBANGKAN UMNO-BN PADA PRU 14

http://avn.innity.com/rt/?cb=1457920460&a=2183&e=8760
Saturday April 02/2016


BY ADMIN TSI
www.sabahinsider14.blogspot.com

Ikuti tulisan Tun Dr Mahathir di bawah:


1. Saya diberitahu bahawa ramai ahli dan pemimpin bawahan UMNO marah kerana saya berada bersama Kit Siang dalam usaha menjatuhkan Dato Seri Najib.
2. Ya, ini memang pelik dan aneh. Kami adalah musuh ketat. Tetapi kami berdua mempunyai pendirian yang sama berkenaan penyingkiran Najib sebagai Perdana Menteri.
3. Sepatutnya penyingkiran ini dibuat oleh UMNO. Dalam pertandingan antara saya dengan Tengku Razaleigh ahli dan pemimpin UMNO secara terang boleh memihak kepada Tengku Razaleigh. Saya tidak menakutkan mereka, tidak membuang mereka dari jawatan atau parti. Yang Menteri terus jadi Menteri, demikian juga Ketua Bahagian dan perwakilan.
4. Tetapi hari ini kebanyakan ahli dan pemimpin UMNO sudah jadi bisu, pekak dan buta. Mereka tahu kesalahan Najib tetapi mereka sokong juga Najib. Walau apa pun kesalahan yang dilakukan oleh Najib mereka tetap sokong.
5. Mungkin kerana dedak yang disuap oleh Najib. Shahrir mengaku dia terima 1 juta dan Ahmad Maslan 2 juta (laporan di sini). Takkan yang lain tidak dapat habuan.
6. Kerana kepentingan diri dan tamak UMNO tidak akan menjatuhkan Najib. Kerana kepentingan diri, bangsa, negara dan agama juga sanggup dijual. Tidak ada ahli UMNO selain daripada beberapa Ketua Cawangan yang berani menentang Najib. Kalau nak harap UMNO jatuhkan Najib, tidak mungkin.
7. Ini bukan UMNO lagi. Janganlah berlagak sebagai ahli UMNO yang kononnya tidak sanggup melihat saya bersama Kit Siang. Yang tidak sayang UMNO ialah kamu sekalian, kamu yang membisu, kamu yang pekak dan buta kerana semua anggota ini sudah ditutup dengan dedak dan lain-lain.
8. Jangan soal saya. Soal diri sendiri. Apakah kamu berjuang untuk bangsa, agama dan tanahair apabila kamu melindungi perbuatan Najib menghilangkan duit rakyat dan sekarang menjual tanah yang dibeli dari Kerajaan berharga RM60/- satu kaki persegi dan dijual kepada Tabung Haji dengan harga RM3,500/- satu kaki persegi, mengenakan cukai G.S.T. keatas rakyat dan menghapuskan subsidi untuk bayar hutang 1MDB sebanyak 42 billion Ringgit… memiliki 2.6 billion Ringgit dalam akaun peribadi yang disembunyi daripada rakyat, kononnya untuk PRU 13 tetapi, kononnya belanja lebih dari 1 billion Ringgit untuk PRU 13 tetapi kemudian hantar balik kepada penderma 2.03 billion. Tak masuk akal 2.6 tolak 2.03 tinggal berapa? Dari mana datang 1 billion lebih yang kononnya dibelanja untuk PRU 13. Perbelanjaan yang begini banyak menyalahi undang-undang.
9. Najib memalukan negara kerana Malaysia sekarang dikenali sebagai 1 dari 10 negara yang mengamal rasuah terbesar. Najib sendiri dicemuh diseluruh dunia. Inilah pemimpin yang awak sokong dan pertahan. Ini adalah pengkhianatan terhadap UMNO, terhadap orang Melayu, terhadap negara.
10. Rakyat lebih benci melihat ahli UMNO yang menyokong Najib daripada ahli UMNO berada diatas pentas bersama Kit Siang untuk menjatuhkan Najib.
11. Kami tak makan dedak sesiapa seperti ahl-ahli UMNO yang lain  semua jadi pak turut tidak berani bersuara kerana takut kehilangan jawatan dan  periuk nasi kantoi.

12. Sebagai rakyat Malaysia berdasarkan konsep 1Malaysia tidak salah kalau saya berbaik-baik semula dengan mantan musuh ketat saya iaitu Lim Kit Siang dia juga seorang pemimpin yang dipilih melalui proses piliharaya umum oleh rakyat jelata yang terdiri dari kaum cina-Melayu dan India di parlimen Gelang Patah,
13. Kalau DAP  parti yang tidak berdaftar dengan pihak ROS itu barulah parti haram  sudah beberapa dekad DAP menjadi parti pemnbangkang akhirnya berjaya membentuk kerajaan negeri Pulau Pinang dua penggal.
14. Orang-orang Melayu dalam UMNO memang takut kalau DAP jadi pemerintah macam mana DAP boleh jadi kerajaan persekutuan pusing punya pusing kerusi memang tidak mencukupi untuk DAP berkuasa selain membentuk kerajaan Pakatan Harapan dengan bergabung  PKR-AMANAH-DAP  baru boleh menjadi kerajaan persekutuan,
15. Orang Melayu UMNO takut dengan bayang-bayang sendiri takut hilang kuasa, bila Melayu UMNO hilang kuasa maka mereka tak dapat melakukan rahsua dan pecah amanah duit kerajaan itulah mereka bimbang kalau cina khususnya DAP jadi  kerajaan persekutuan.
Mohammad Sabu, berkata negara kini mengalami kebangkitan rakyat dan ramai ahli UMNO sudah bersama memperjuangkan agar institusi dan sistem pemerintahan diubah.
Presiden AMANAH itu berkata, sampai bilakah rakyat terus menanggung beban akibat penyalahgunaan kuasa dan kesilapan yang dilakukan kerajaan. – KiniTV
Tun Dr Mahathir Mohamad mendapati kerajaan menyalahgunakan undang-udang termasuk SOSMA yang bertujuan menakut-nakutkan rakyat
Bercakap dalam perhimpunan Muafakat Selamatkan Malaysia, di ibu negara malam tadi bekas Perdana Menteri itu menambah, yang takut sekali ialah orang-orang UMNO kini takut.
Menurutnya, mereka juga marah kepadanya kerana berada dalam satu pentas bersama pemimpin pembangkang menyingir perdana menteri. – KiniTV


No comments:

Post a Comment