PRESIDEN PAS HAJI AWANG DAN PRESIDEN UMNO NAJIB TERBAIK LETAK JAWATAN

TERBAIK LETAK JAWATAN
( keduanya timbulkan masalah Malaysia)

KISAH dua pemimpin Haji Abdul Hadi Awang Presiden PAS dan Datok Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak Presiden UMNO  kini telah menjadi tajuk perbualan hangat di kalangan pengkritik-pengkritik politik tanah air mengenai keinginan kerjasama antara satu sama lain iaitu ingin membentuk kerajaan campuran selepas PRU14 nanti jika kedua-parti itu memperoleh kejayaan dalam pilihanraya nanti.

NAJIB dan HADI masing-masing  ketuai parti UMNO dan PAS. Keduanya yang bertanggungjawab pimpin kedua parti yang satu pemerintah pusat dan satu pembangkang.

Keduanya memang ada pengikut yang taksub membabi buta dan siap jadi pak angguk ampu bodek meski mereka tahu keduanya ada kelemahan yang ketara bakal jahanamkan negara.

Najib pencipta skandal 1MDB, RM2.6 bilion dan RM42 juta masuk ke akaun sendiri dan bawah Najib negara berhutang mendekat 900 bilion dan rakyat dalam keadaan susah ditambah dengan cukai GST dan segala macam.

Kerajaan2 sebelumnya ketika krisis siap dapat selesaikan masalah dan banyak sumber didapatkan untuk bangun negara tetapi bawah Najib masalah negara diselesai dengan cara rakyat dikenakan cukai berganda iaitu GST samalah macam cukai kepala di zaman jepun/inggeris.

Cara itulah saja Najib tahu dan cara lain dia tidak dapat mencari akal bagaimana selesaikan masalah krisis yang ia cipta sendiri kesan KORUPSI itu.

Bila ahli kabinet Najib kritik, mala ia siap pecat dan kelihatannya kepimpinan Najib sesiapa saja mengkritik maka siap kena tendang dan sebelumnya penguam negara sendiri jadi mangsa atas alasan sakit padahal auta.

UMNO kelihatanya akan sama krisisnya seperti perpecahan yang tercipta semangat 46 menguntungkan PAS di Kelantan ketika itu tetapi akhirnya Semangat 46 bubar dan semula menyatu dalam UMNO dan inilah yang bakal terjadi.

Cara terbaik Najib letak jawatan dan terserah sama perwakilan untuk memilih siapa bakal duduki presiden parti dan sekaligus duduki kerusi Perdana Menteri dan jalan ini terbaik bukan saja selesaikan masalah parti tetapi juga selesaikan masalah negara bangsa.

Sementara HADI pula pemimpin PAS dan jelas bila Nik Aziz tiada HADI yang digelar ulama no dua dunia sering menimbulkan masalah dalam pakatan.
Hadi selalu berdalih dan sering tidak hadir dalam mesyuarat Pakatan dan tingkahnya sejak kasus Kajang selalu putar belit termasuklah pendedahan baru hal kerajaan Selangor dulunya dialah yang merancang untuk menubuhkan kerajaan UMNO/PAS tetapi gagal bila dua orang YB Pas menyokong Wan Azizah.
Ketika itu muncul perkataan BARUA!

Sekarang jelas HADI tidak punya pendirian dan kata2nya tidak boleh dipeggang sering berubah dan pernah pula mengatakan ulama no satu dunia pernah berkata penubuhan AMANAH itu haram dan kita yang tidak terdidik dalam agama ini tahu penubuhan AMANAH tidak salah dan tidak haram.

Jelas di situ HADI memfitnah ulama nombor satu dunia.
Kesan tingkah Hadi demikian maka yang jelas PAS berpecah dua dan satu kekal dalam PAS dan yang satu lagi menubuhkan AMANAH dan ini jelas mimpi NGERI buat PAS, tetapi aneh Hadi kata PAS semakin menambah ahli2nya, malah lebih kuat. Auta!

Sebagai pemimpin kena jelas dan jangan berbohong dusta dan kalau ada yang demikian maka ia sudah pasti tidak layak jadi pemimpin dan perlu dijelaskan meski ia ulama, kita berhak menegur sebab ulama bukan Nabi dan bukan Malaikat, dia juga manusia biasa punya kesilapan yang harus kita betulkan.
Najib terkenal dengan perkataan mengHARAMJADAHKAN rakyat yang terima BR1M dan melawan kerajaan dan dia juga yang mengeluarkan kata BANGSAT sementara Hadi terkenal dengan kata BARUA dan kata PIL KUDA.

Soalnya layakkah kedua pemimpin ini melontar kata2 sedemikian dan kalau itu dibolehkan maka tak hairan guru kencing berdiri dan murid kencing BELUSIR alias berlari dan apa sudahnya?
ISMAILY BUNGSU 
sabah
8/11/2015
12:12pm
RALAT: rujuk gambar: perkataan NABI lontar kata sepatut NAJIB bukan nabi. Maaf


No comments:

Post a Comment