OLEH: SHAIMON S JUMADI
TIADA PADANG BOLA .....Belia-Remaja bakal jadi liar jika tiada padang tempat bermain.
ELOPURA:- Satu mesyuarat telah dicapai antara
penduduk dan para belia-remaja Taman
Indah Jaya bagi menuntut untuk mendapatkan kembali Padang Bola kini telah
diambil oleh syarikat untuk dijadikan gelanggan permainan PIN BALL.
Perhimpunan hari ini yang dihadiri oleh penduduk para
belia/remaja penghuni Taman Indah Jaya untuk menubuhkan satu Jawatankusa
Bertindak untuk menyokong dan menggembling tenaga serta berusaha
sungguh-sungguh bagi mendapatkan semula padang bola di taman itu yang milik
pendudu Kariah Indah Jaya.
GAMBAR BELIA...Tuntut supaya padang bola dikembalikan
Slogan “KAMI MAHU PADANG BOLA DIKEMBALIKAN” cukup kuat untuk
menuntut padang bola dikembalikan semula
demi kemudahan para remaja-belia dan penduduk Taman Indah jaya.
Sabah Insider sempat menghubung beberapa orang penduduk Taman
Indah Jaya melahirkan rasa kesal terhadap fenomena ini.
Kata mereka memang pada mulanya pemaju telah menyediakan
pelbagai kemudahan seperti padang bola dan taman peranginan dengan tujuan untuk
memberikan kemudahan asas untuk penduduk menjalankan aktiviti-aktiviti seperti
beriadah, bersenam dan tempat kanak-kanan bermain.
Tiba-tiba ada sebuah syarikat milik (lanang) coba mengambil padang tersebut untuk jadikan
gelanggang tempat permainan PIN BALL jadi bila sudah tiada padang tempat remaja-belia dan
kanak-kanak bermain di mana lagi mereka
pergi.
Nampaknya pihak kerajaan
suka melihat anak-anak remaja dan belia
jadi liar atau samseng atau gangster kerana sudah tiada pilihan lain ada
kemudahan diambil oleh pemilik Club Indah Jaya.
Jangan salahkan para
remaja/belia bila jadi ganas atau samseng setelah tiada padang bola nanti
kerana mereka terlalu kecewa.
Timbang-timbanglah rayuan mereka jangan sampai orang
Melayu/Bumiputra hilang sokongan terhadap kerajaan BN bila menjelang PRU 14
nanti kalau mereka bersatu hati menolak calon BN nanti dan menyokong DAP-PKR
dan AMANAH.
Kata sumber itu lagi perkara ini kalau diketahui oleh pihak
pembangkang sudah semestinya jadi senjata untuk menghancurkan pemimpin BN yang
sedia ada mungkin ini pemimpin BN yang mahukan Elopura, Tanjung Papat dan
Parlimen Sandakan jatuh kepada parti pembangkang.
Kita mati-matian sokong BNpun bila ada kesusahan yang
membabitkan masalah rakyat langsung tiada pembelaan jadi apa gunanya kita
sokong BN kalau kita dijadikan boneka untuk mengaut kekayaan demi poket
sendiri.
No comments:
Post a Comment