PENGUNDI SEMPORNA-KUNAK-LAHAD DATU-SILAM DAN TAMBISAN TIDAK UNDI UMNO/BN SHAFIE DIPECAT PADA PRU14

OLEH: ABDUL RAZAK KDIR

SETELAH diumumkan bahawa Naib Presiden UMNO Datuk Mohd Shafie Hj Abdal bakal jadi mangsa penyingkiran atau pemecatan dari UMNO seperti yang diwar-warkan dimedia social telah menimbulkan kemarahan rakyat di seluruh Semporna, Kunak Lahad Datu dan Tambisan.

Kenapa sampai begitu sekali ahli-ahli Majlis Tertinggi UMNO termasuk Presiden UMNO Dato Seri Najib Tun Razak  tergamak memecat seorang pemimpin berpengaruh besar bukan saja di Sabah malahan di Semenanjung.

Ini jelas jika terbukti menjadi reality Shafie memang dipecat daripada UMNO  seluruh rakyat di kawaan Pantai Timur dari Semporna, Kunak Lahad Datu dan Tambisan  tidak menyokong atau mengundi calon-calon BN/UMNO yang bertanding di kawasan-kawasan berkenaan sebaliknya memberi undi kepada pembangkang sama ada PKR/DAP dan juga AMANAH.

Nampaknya UMNO/BN Sabah bakal banyak kehilangan kerusi pada PRU14 nanti jika Shafie Abdal dipecat kerana kemungkinan besar Shafie dan beberapa orang lain yang turut menjadi mangsa pemecatan bakal menyerta parti pembangkang.

Bagi parti-parti pembangkang seperti DAP-PKR dan AMANAH sentiasa membuka pintunya untuk menerima kemasukan Shafie Abdal, Tan Muhyiddin Yassin ke parti-parti berkenaan.

PAS dengan UMNO dikhabarkan hendak bekerjama pada PRU14 nanti mereka akan menubuhkan kerajaan camporan PAS dan UMNO dan PAS sudi dan bersedia untuk menjadi penasihat kepada UMNO seperti yang dinyatakan oleh Presidennya  Hj Abdul Hadi Awang.

PAS di Semenanjung boleh memenangi kerusi seberapa yang banyak tapi PAS  di Sabah tidak akan mendapat sokongan padu daripada orang-orang Sabah terutamanya suku Kadazan,Murut, Dusun dan Cina, barang kali DAP-PKR dan AMANAH.

Kita tunggu dan lihat sejauh mana keberanian pucuk pimpinan UMNO memecat Shafie Abdal  sebelum perhimpunan UMNO nanti.






No comments:

Post a Comment