NUKILAN: ISMAILY BUNGU
SEBATANG lidi untuk dijadikan penyapu memangnya tidak
semudah membersihkan sampah di halaman rumah, tetapi kalau sebabat itu ada
ratusan batang lidi, maka itu maksudnya mudah melaksanakan tugas, lagi yang
berat menjadi mudah dan ringan segala.
Demikianlah falsafahnya kita berkerja untuk mencapai
puncak dan kerana itulah segalanya kita perlukan STRATEGI yang mantap dan tersusun
indah untuk menginjakkan kaki di puncak atas nama kejayaan.
ini tidak boleh bersendirian sebab sebagai pemimpin kita
kena lihat kesemuanya kala kita mahu rakyat menyokong secara padu untuk
menumbangkan kerajaan yang gila kuasa dan rakus tamak dan lupa apa yang mereka
janjikan untuk tunai amanah yang diperkatakan lewat manifesto setiap 5 tahun
semasa election.
Suasana pembangkang di Sabah ini memang kuat sebenarnya
tetapi kekuatan itu BN gunakan secara PECAH DAN PERINTAH dan akhirnya orang2
Sabah menubuhkan parti yang bersifat kenegerian dan yang bersifat kenegerian
ini sebenarnya tidak akan duduki putrajaya sebab mereka hanya berusaha tandingi
25 kerusi MP dan 60 Dun.
Meski menang di Negeri, itu tidak akan dapat merubah
kerajaan negeri dan persekutuan sebab dasar tadbir di Malaysia ini parti yang
menangi lebih 112 kerusi sebenarnya lagi berkuasa untuk merubah keseluruhan
tadbir di Malaysia. Untuk menangi lebih 112 kerusi ini hanyalah bakal dilakukan
oleh BN dan HARAPAN PAKATAN sedang parti lain tidak akan tandingi 222 kerusi MP
berkenaan/kalau bertandingpun tetap KALAH.
Nah, berdasarkan keadaan ini tidak boleh tidak parti
tempatan kena berkerjasama dengan PARTI NASIONAL( bukan parti Malaya) iaitu
sama ada BN atau HARAPAN PAKATAN.
BN memang sukabanyak sangat parti ditubuhkan di Sabah dan
itu sebab ROS telah meluluskan 13 parti tempatan di Sabah dan sebelumnya sudah
ada STAR parti yang didaftarkan di Sarawak.
Terakhirnya yang saya perhatikan menyusul sesudah itu
ialah PCS dan keadaan ini jika kesemuanya bertanding jelas BN juga akan
berkuasa dan kalau adapun parti lain memang mungkin satu dua yang nanti wujud
sebagai pembangkang dan itu tidak akan dapat memberikan impak untuk perjuangkan
apa yang Sabahan mahu.
Lebih teruk kalau tidak ada parti yang memenangi lebih
112 kerusi MP di peringkat persekutuan dan jika ini gagal maka keadaannya
samalah seperti sekarang atau sama seperti kemenangan PBS dalam tahun 1985 itu
yang akhirnya tersungkur kesan PBS sendiri ketika itu terpaksa menyembah untuk
mendapatkan peruntukan melalui WANG DISATUKAN ITU yang dikuasai oleh kerajaan
persekutuan.
Kesan PBS ketika itu bukan bernaung dalam BN maka
peruntukan dari kerajaan federal BN salurkan melalui Jabatan Pembangunan Negeri
dan sama sepertinya di Kelantan/Trengganu dana dari petronas dinamakan Wang
Ihsan dan BN sendiri yang kuasai.
Makanya rakyat Sabah kena faham fungsi kerajaan Negeri
dan kerajaan persekutuan itu/kalau sekadar terus berhujah tanpa tahu fungsi2
ini dan terus melaungkan undi parti tempatan makanya semua kita akan berputih
mata bukan saja parti tempatan, malah parti nasional juga akan gagal dan
sekaligus Sabahanlah paling teruk menerima kesannya nanti akan terus menjadi
Sabahan TERMISKIN meski negeri kaya raya kesan sumber Allah anugerah Allah.
Sekarang ini seperti yang kita semua tahu ada 13 parti
tempatan telah ROS luluskan termasuk PCS dan STAR yang sudah sedia ada dan
keadaan ini jelas telah dirancang oleh BN untuk kuasai Sabah secara PECAH DAN
PERINTAH.
Jika semuanya bertanding dan merebut kerusi di PRU-14
akan datang baik di DUN atau Parlimen maka jelas kita akan gagal/berputih mata
dan PRU-13 lalu telahpun menjadi pengajaran buat kita dan ini kena kaji secara
terperinci.
Terbaik seperti yang saya cadangkan sebelum PRU-13 lalu
semua parti pembangkang di Sabah kena duduk satu meja dan tidak usah tamak
rakus dan berbincang dengan hati terbuka ikhlas bukan untuk kepentingan diri
tetapi untuk kepentingan rakyat Sabah keseluruhannya.
Saya melihat DAP/PKR memang parti yang mendahului kesan
punya 11 kerusi DUN dan 3 kerusi MP, sedang STAR hanya satu kerusi.
Kekuatan STAR tidak boleh diperkecilkan sebab kehadiran
mereka boleh memecahkan undi untuk melawan BN sebab terbukti di kawasan MP
Marudu dan Keningau di PRU-13 lalu.
Kehadiran PCS juga jelas punya kekuatan meski setakat ini
belum dapat kita nilai sejauh mana kekuatan mereka banding STAR tetapi
keadaannya akan sama seperti hadirnya parti STAR.
Yang kita hadapi ialah parti Nasional yang namanya BN dan
mereka ini jangan kita lupa yang mereka punya segala kelengkapan seperti dana
tentu masih ada lagi simpanan/sisa 2.6 bilion atau akan ada lagi ARAB tua bakal
menderma.
Bukan saja BN punya kekuatan dana, malah segala jentera
bawah Kementerian federal seperti SPR, JPN, Jabatan Perpaduan, Kemas, Polis,
tentera dan sebagainya akan mereka gunakan sedang kita parti lokal hanya
menggunakan semangat dan sedikit dana yang terhad.
Jangan sekali kita memikir sejarah kekuatan ketika PBS
tumbangkan BERJAYA dalam tahun 1985 akan berulang dan itu tidak akan ada lagi
sejarah itu sebab ketika itu pengundi cina bersatu padu bersama pengundi KDM
sedikit bumiputera Islam yang menyebabkan BERJAYA tersungkur.
Sekarang ini KDM pecah seribu ada yang dalam PBS, PBRS, UPKO dan juga ada di PKR dan ada dalam STAR termasuk PCS sendiri dan jangan lupa dalam UMNO juga ada KDM bawah pimpinan Ambrose di Penampang, Rubin Balang di Kemabung dan Roland Kiandee di Beluran. Jadi, ini yang saya katakan pecah seribu.
Tidak boleh tidak FORMULA terbaik ialah DAP/PKR dan STAR
serta PCS mesti duduk satu meja dan bincang sama dan tentunya diharapkan Dr
Jeffrey dan seorang YB yang bakal duduki kerusi Ketua PCS akan terbuka hati
untuk duduk bincang demi Sabahan/kalau gagal maka jawabannya TATAP BN juga
bakal berkuasa meski majoritinya kurang.
Bertindak dan berfikirlah demi Sabahan dan Malaysian
keseluruhannya sebab rakyat Malaysia rata2 mahu perubahan kepimpinan peringkat
pusat di PRU-13 lalu sudah jelas PR mendapat undi 52% dan ramalan Anwar Ibrahim
di PRU-14 akan datang ini pembangkang akan memperolehi 60% undi rakyat Malaysia
dan ini sekaligus BN akan tersungkur.
No comments:
Post a Comment