OLEH: SHAIMON S JUMADI &
BERKURAPAN A/L BERPANAUAN
SANDAKAN:- Satu kenyataan yang dikeluarkan bahawa
Jabatan Pendaftaran Negara Sabah yang mempunyai sumber termasuk tenaga kerja
sekiranya kerajaan tentukan untuk menarik balik atau mengeluarkan semula kad
pengenalan di negeri ini.
Pengarah Jabatan
Pendaftaran Negara Sabah Dato Ismail Ahmad berkata, bagaimanapun buat
masa ini belum ada yang diputuskan, namun jika perlu, pihaknya bersedia untuk
melaksanakannya.
Kesediaan Jabatan
Pendaftaran Negara (JPN) Sabah untuk menarik balik atau mengeluarkan semula kad
pengenalan di negeri ini adalah petanda baik dalam menangani masalah kad
pengenalan yang diperoleh secara meragukan.
Seorang aktivis masyarakat
yang tidak asing lagi di Sabah Dato Seri Paduka Dr Kemellia Hassan dalam satu
kenyataan beliau menyokong usaha langkah baik pihak JPN akan berbuat sedemikian
dan agar menjadi reality.
Sementara Timbalan Presiden
Persatuan Kebajikan dan Pendidikan Kadazandusun Murut Sabah (Pekadin) Nailin
Gabintal berharap langkah itu dapat memastikan hanya orang tempatan yang tulen
sahaja diberikan kad pengenalan.
“Sebelum ini kita sering
membaca berita dalam akhbar-akhbar tempatan mengenai pendatang asing tanpa izin
(PATI) yang didakwa di mahkamah atas kesalahan memiliki kad pengenalan palsu
dan sebagainya.
Selain itu ramai juga yang
memperkatakan bahawa ada PATI yang memperolehi kad pengenalan secara meragukan.
“Oleh itu Pekadin
berpendapat, melalui penarikan balik kad pengenalan lama dan mengeluarkan kad
pengenalan baru, kad pengenalan yang diperolehi secara tidak sah dapat
dibentaras,” katanya adlam satu kenyataan, di sini, kelmarin.
Nailin berkata, langkah itu
juga tepat pada masanya dan wajar disokong oleh rakyat Sabah ekoran pengumuman
hasil laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) baru- baru ini yang mengatakan
dengan jelas terdapat keberangkalian projek IC wujud di Sabah tetapi kini nampaknya rakyat Sabah ternanti-nanti laporan
daripada RCI yang tiada kesudahannya.
Oleh itu katanya, penarikan
balik dan pengeluaran semula kad pengenalan di negeri ini merupakan satu
pilihan terbaik untuk menangani masalah itu.
“Selain itu kita juga dapat
memastikan bahawa tidak ada PATI yang memperolehi kad pengenalan mendapat
peluang untuk menyertai pilihanraya di negeri ini sama ada ada di peringkat
negeri atau persekutuan.
“Kita tidak mahu ada
penglibatan orang luar yang menentukan barisan kepimpinan negara akan datang
atau penglibatan membentuk kerajaan di negara ini,” katanya.
Nailin berkata langkah ini
juga dapat mempertahankan kedaulatan dan keselamatan rakyat negeri ini.
“Isu
kehadiran PATI di negeri ini yang terlalu ramai sudah berlarutan sekian lama
dan kini sudah tiba masanya kerajaan melakukan lonjakan pradigma untuk
menyelesaikannya secara lebih berkesan,” katanya
Katanya
lagi kebanyakan mereka yanbg memegang kad pengenalan projek nombor H.033XXXX
H.024XXXX dan H,053XXXX rata-ta menggunakan Borang Akuan yang ditandatangani
oleh pihak Suruhanjaya Sumpah tetapi tiada halangan jika boring berkenaan
sampai di Jabata Pendaftaran Negara bagi mereka yang ingin membuat IC. POSTED BY FREE SANDAKAN
TODAY
No comments:
Post a Comment