OLEH:
SHAIMON S JUMADI
CADANGAN
pihak Jabatan Pendftaran Negara (JPN) Sabah yang bercadang sama ada menarik
balik atau mengeluarkan semula Kad Pengenalan di negeri ini kepada orang-orang
tertentu amat dialu-alukan.
Jika
menjadi realiti cadangan itu untuk menarik balik kad pengenalan seperti yang
diwar-warkan oleh Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara Sabah Dato Ismail Ahmad,
ini jelas sesiapa yang memegang kad pengenalan bernombor H030XXXX H042XXXX dan
H053XXXX, mereka harus menyerahkan IC berkenaan kepada JPN kerana menurut sumbar-sumber
yang boleh dipercayai nombor-nombor kad pengenalan yang dimaksudkan itu tiada
dalam rekod JPN.
Sekiranya
dikatakan tiada rekod dalam semakan JPN namun mereka telah layak menjadi
mengundi malah menikmati kemudahan kerajaan seperti Bantuan Rakyat 1 Malaysia
(BR1M) dan lain-lain bantuan.
Bukan
itu sahaja, ramai yang memegang kad pengenalan sedemikian didapati mendapat
lesen Kontraktor (kecuali lesen PUKONSA) kerana sesiapa saja yang ingin memohon
mendapatkan lesen PUKONSA mereka semestinya mempunyai Sijil Kelahiran baru
layak memohon.
Lain-lain
kemudahan seperti mendapatkan pinjaman bank, Permit teksi, permit bas, lesen
perniagaan; mereka ini tidak kisah memiliki IC sedemikian rupa kerana boleh
diguna pakai untuk mendapatkan semua kemudahan.
Akan
tetapi, kalau seseorang yang memegang IC nombor yang disebutkan itu
hendak membuat pinjaman di MARA mereka terpaksa mengeluarkan Sijil Beranak
walaupun mereka mempunyai mykad tetapi dalam mykad tersebut membubuh nombor IC
lama antara H030XXXX H042XXXX dan H053XXXX, mereka tidak akan dilayan kecuali
mereka mempunyai sijil beranak untuk mengesahkan bahawa seseorang itu di
lahirkan di Sandakan sebagai contoh.
Apapun,
kita kena tunggu kesudahannya sama ada cadangan ini memang bakal menjadi
kenyataan atau sebaliknya dan semoga apa yang telah dicadangkan dan yang
diwar-warkan oleh Pengarah JPN Sabah Ismail Ahmad itu mendapat sokongan padu
daripada rakyat Sabah khususnya yang dilahirkan di negeri ini.
No comments:
Post a Comment