PENDEKAR AMIN PEMBOHONG KONONNYA NAK LETAK JAWATAN SPEAKER DEWAN RAKYAT.....DAKWA MAHATHIR




OLEH: KAMARUL ZAMAN

KUALA LUMPUR:- Tan Sri Pandikar Amin Mulia sudah mengumumkan peletakan jawatannya sebagai speaker Dewan Rakyat, dakwa Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini.

 “Speaker (Dewan Rakyat) sudah berhenti. Sekarang timbalan ambil alih,” dakwa Dr Mahathir ketika mendedahkan perkara itu dalam program Bicara Negara yang diadakan di Ipoh, Perak,

Sabtu. Jawatan Speaker akan diambil alih oleh timbalannya yang akan meneruskan sesi Dewan Rakyat Isnin ini,

kata bekas perdana menteri itu dipetik dari laporan portal . “Dia (Pandikar Amin) datang menemui saya.

Dia mengatakan dia tidak ingin meneruskan (tugas sebagai Speaker) jadi sekarang Speaker adalah timbalannya,” kata Dr Mahathir seperti yang dipetik.

 Bagaimanapun ketika Dr Mahathir dilaporkan mendakwa Speaker Dewan Rakyat itu telah mengundurkan diri, sumber terdekat dengan Pandikar Amin Mulia menafikannya.

 Sumber berkenaan ketika dihubungi bagi mendapatkan pengesahan dan reaksi segera manafikan dakwaan Dr Mahathir itu, sebaliknya menyatakan Pandikar Amin akan menghadiri sesi Parlimen pada Isnin ini bagi mengangkat sumpah sebagai Speaker.

Sebaliknya, sumber berkenaan selanjutnya menyatakan bahawa sebenarnya Dr Mahathir sebelum ini yang telah mendesak Pandikar Amin berundur. Mesyuarat kedua,

Penggal ketiga, Parlimen Ke 13 akan mula bersidang pada 18 Mei hingga 18 Jun ini, diikuti Dewan Negara mulai 22 Jun hingga 7 Julai. Untuk rekod, Pandikar Amin mula berkhidmat sebagai Speaker Dewan Rakyat pada 28 April 2008.

 Beliau dibantu oleh dua timbalan iaitu Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, yang mula berkhidmat sejak 28 April 2008 sama seperti Pandikar, dan Datuk Ismail Mohamed Said yang dilantik pada 24 Jun 2013.

Seorang Yang di-Pertua atau Speaker Dewan Rakyat boleh dipilih dari kalangan ahli-ahli Dewan Rakyat ataupun bukan dari kalangan ahli-ahli Dewan Rakyat yang mempunyai kelayakan.

 Fungsi-fungsi utama Speaker Dewan Rakyat secara amnya adalah bertanggungjawab mengawasi perjalanan mesyuarat supaya berjalan dengan lancar; memastikan perbahasan mematuhi Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat; dan membuat keputusan dan tafsiran mengenai Peraturan-peraturan Mesyuarat sekiranya berlaku pertikaian.

Menurut laman web rasmi Parlimen, secara amnya juga, terdapat tiga keadaan di mana seorang Yang di-Pertua Dewan Rakyat boleh melepaskan jawatan dan mengosongkan jawatan tersebut.

Pertama jika Dewan Rakyat mula bersidang selepas pilihan raya; kedua jika beliau berhenti menjadi ahli Dewan Rakyat (ahli Parlimen) jika beliau adalah ahli Dewan yang dipilih (wakil rakyat); dan ketiga jika Dewan Rakyat membuat ketetapan untuk Yang di-Pertua mengosongkan jawatan tersebut, Anda mungkin juga meminati:

Pendekar Amin sebenar cakap tak serupa bikin banyak pembohongan yang dilakukan kalau dia jujur dan ikhlas hendak melatakan jawatannya sebagai Speaker teruskan saja niat itu bukan banyak berdolak dalek.

Rakyat telah menyaksikan sendiri bila Pendekar mahu berundur dari jawatannya yang disadang ini kita lihat dan tunggu kesahihannya.


No comments:

Post a Comment