OLEH: KAMARUL ZAMAN
Gambar Kelihatan…. Adun Pas P. Pinang tetap
sokong Guan Eng Salleh Man berjabat tangan dengan Guan Eng
pada sidang media di Komtar, Pulau Pinang hari
pada sidang media di Komtar, Pulau Pinang hari
PULAU PINANG:-
Pendirian tegas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) tunggal PAS di Pulau Pinang
Datuk Mohd Salleh Man menegaskan memberikan sokongan terbuka yang berterusan terhadap Kerajaan Negeri Pakatan Harapan.
ADUN Permatang Pasir itu turut menyokong dan akan
terus membela Ketua Menteri, Lim Guan Eng atas semangat kerjasama dalam pakatan
itu.
“Kemenangan
saya adalah atas semangat kerjasama Pakatan Rakyat (PR) kalau tiada kerjasama
belum tentu PAS di kawasan itu.
“Oleh
itu, saya akan terus berkhidmat dengan baik sebagai wakil rakyat di Dun
Permatang Pasir dan mendoakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah kepimpinan
Pakatan Harapan lebih maju," katanya pada sidang media di pejabat Ketua
Menteri di Komtar, hari ini.
Beliau
berkata demikian sebagai menafikan laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris
yang melaporkan 'Penang Pas rep 'wont' support state gov'.
Menurutnya,
beliau tidak pernah ditemuramah oleh mana-mana wartawan dari akhbar berkenaan
untuk mendapatkan kenyataan
"Saya
menyifatkan laporan akhbar bertarikh 31 Oktober itu bersifat fitnah
semata-mata. Justeru, saya meminta akhbar itu untuk menarik balik kenyataan
tersebut dengan segera, sekira gagal saya akan menyaman akhbar berkenan"
katanya.
Bagaimanapun,
dalam sidang media itu, Mohd Salleh terus mengelak dari menjawab sebarang
pertanyaan dari wakil media dengan alasan kesuntukan masa bagi menghadiri
mesyuarat dan urusan lain.
Sebaliknya,
beliau meminta mereka merujuk dan mengikut teks yang terdapat dalam kenyataan
medianya dengan alasan tiada kenyataan tambahan yang akan diberikan..
Beberapa
bulan lalu, Salleh Man yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau
Pinang (Mainpp) menegaskan setia bersama Pas dan sesekali tidak akan
meninggalkannya.
"Saya
akan tetap bersama Pas untuk meneruskan perjuangan dalam politik. Setakat ini,
saya tidak ada niat untuknya meninggalkan Pas dan menyertai parti lain.
"Tidak
terlintas dalam hati untuk keluar Pas dan masuk parti lain.
"Saya
akan teruskan perjuangan dengan Pas walau apa pun yang terjadi," katanya
ketika ditanya media kemungkinan menyertai parti baharu yang akan digerakkan
oleh bekas pemimpin Pas yang kalah dalam pemilihan parti baru-baru ini”
Tambahnya lagi.
Parti
itu kini didaftarkan sebagai Parti Amanah Negara dan dterajui Mohamad Sabu.
No comments:
Post a Comment