OLEH:
ISMAILY BUNGSU
www///sabahinsider14.blogspot.com
Thursday
August 04/2016
Fitnah Tidak Lumpuhkan Perjuangan
(
Kasus Ratu Naga terkait)
SEKARANG ini
kerajaan bawah pimpinan Najib semakin ketakutan dan semakin goyah dan kesannya
ia lakukan apa saja cara untuk mencegah segala perbuatan/kemungkaran yang
berlaku dalam kerajaan diketahui umum
Akta NEC dan OSA sudah cukup jelas diguna
kesan segala menakutkan mereka agar rakyat berhati goyah untuk perjuangkan sesuatu
demi meneggakkan kebenaran dan mahukan kerajaan telus dan jujur memimpin
negara.
Ratu Naga yang tinggal di Johor cukup saya
akrapi dan memang kami saling berhubung dan saling bertukar pendapat dan selalu
minta pandangan/nasihat.
Dia seorang penulis yang cukup berani dan
tulisan-tulisannya cukup tajam dan menggegarkan dan itu saya senang sekali dan
senang bukan kerana apa tetapi kerana keberaniannya menghadapi segala risiko
dan keberanian itu jarang dimiliki oleh orang lain.
Kali pertama dia diheret ke mahkamah dan
bicara dan masih dalam perhatian dan itu menyebabkan dia lebih berani dan soal
yang terbaru tidak mungkin mengoyahkan perjuangan demi negara bangsanya
sendiri.
Tahniah ratu naga!Baru sebentar kami
berbicara dan ia katakan puluhan pegawai keselamatan datang mengetuk pintu
rumahnya di subuh buta dan merampas banyak sangat peralatan lain seperti
telefon bimbit dan itu dia hadapi dengan sabar sebab dia yakin dia tidak
bersalah.
Menurut Ratu Naga mereka yang PRO Najib
mencipta akaun Facebook atas namanya dan kemudian memuatkan foto-foto seolah
sultan berciuman dan itu dikatakan menghina Sultan, sedangkan Ratu Naga tidak
berbuat demikian sebab musuh yang ratu naga selalu bantai bukan Sultan sebalik
Najib.
Memang sesuatu yang tidak lojik tiba-tiba
dia dikatakan menghina/aibkan sultan dan inilah satu permainan yang amat busuk
untuk memerangkap orang yang dianggap bahaya.
" Tidak perlu takut " Kata saya
" Tapi mereka boleh mengatakan itu saya melakukannya bang, sebab mereka berkuasa dan niat sebenarnya mahu menangkap saya " Katanya dan saya terus meyakinkan dan akan doakan dia selalu selamat.
" Tapi mereka boleh mengatakan itu saya melakukannya bang, sebab mereka berkuasa dan niat sebenarnya mahu menangkap saya " Katanya dan saya terus meyakinkan dan akan doakan dia selalu selamat.
Bila menyentuh hal apa yang Ratu Naga
alami, maka tidak hairan ramai penulis yang lantang akan mereka lakukan sama
seperti yang berlaku kepada Ratu Naga.
Tapi jangan sekali gusar dan hadapi
segalanya sebab Allah ada membantu kita " Kata saya demi menaikkan
semangatnya untuk terus berjuang.
" Abang akan doakan kala solat agar
Allah lindungi kamu dan jangan lupa doanya" Kata saya sambil ia ucapkan
terima kasih.
Nah, hal sama tidak mustahil akan berlaku
terhadap kalangan kita nanti dan pesan saya demi kebenaran dan demi rakyat
Sabah kita siap berjuang bersama DS Shafie meski apapun terjadi.
Kalau memang penjara itulah merupakan
ketentuan Allah berdasar akta NEC dan OSA maka apakan daya harus semua kikta
hadapi dan namanya mundur atau mengalah tidak sekali.
Mari kita sama doakan Ratu Naga agar dalam
lindungan Allah menghadapi dugaan yang amat mencabar ini.
Nota ratu naga:
VIRALKAN: KES NAK TUNJUK KUASA KE ATAS SAYA
Assalamualaikum maaf hari ni terlalu banyak
perkara nak diselesaikan, jadi saya punyai kekangan masa dan gadget untuk
update. Ni saya nak buat style Tun Mahathir bagi point terangkan apa terjadi
1. Semalam (Isnin) saya ada buat laporan polis
berkenaan cytroo berbayar menggunkan fake id telah memfitnah saya mengatakan
saya mengaibkan Sultan Pahang. Pada semua yang sedia maklum, semua tahu cytroo
berbayar tak punya rasa hormat pada raja-raja melayu banding saya. Dan tak ada
sesiapa pun berani nak aibkan mana-mana Sultan sebab NGO saya berpaksikan
Islam, Melayu, Raja. Jadi mana raja melayu yang dihina kami akan buat laporan
polis. Cuma bila kami buat laporan polis terhadap cytroo berbayar PMO yang kata
Sultan Johor tak solat tidak langsung di ambil tindakan sampai hampir setahun
laporan kami secara beramai tak ke mana.
2. Dalam hari sama ada laporan di buat oleh
pro Najib tapi yang menariknya kurang dalam masa 24 jam tindakan telah di ambil
tanpa mengambil titik berat sama ada ia fitnah atau benar. Pakai akal dan mata,
di mana kata puji comel adalah satu penghinaan?
Dan siapa berani hina Sultan. Tapi kalau
sesiapa letak gambar formal muka DS Rosmah saja pun dah ramai akan masuk balon,
tapi tidak siapa berani buat macam tu pada Sultan. Saya titik berat pasal Raja
Melayu, saya tak peduli kalau Rosmah orang tak hormat dia.
Dia bukan siapa-siapa untuk orang hormati
selain orang yang berumur dan kawin dengan PM Malaysia. Tak siapa peduli pasal
Rosmah kena aib ke tak. Tapi pantang Melayu tak boleh sentuh Agama, Raja Melayu
dan bangsa.
3.
Punya
lah efektif pegawai polis dari bukit aman dan SKMM datang pagi-pagi dok ketuk
pintu macam nak roboh pintu sebab saya tak dengar. Laporan saya pun tak secepat
itu, malah makan setahun pun ada. Lagi pun cara tak kena. Ya lah, sebenarnya
boleh call saya suruh datang ke apa ke kan senang.
Tapi sebabkan ada arahan istimewa dari
atasan, kena bawa lebih 14 orang datang serbu rumah saya, check badan saya
serta kereta saya macam saya ni ISIS. Tapi saya tak salahkan pegawai yang
bertugas, dah namanya ikut arahan politician kat atas, kena redha lah.
Pada pukul 2.00pm saya ke balai dang wangi
sebab dengar kata wartawan geng merah nak buat report dan PC ke atas saya,
namun saya pergi pun nampak hanya ada 2-3 orang yang saya nampak.
Mereka tak buat PC tapi mereka hanya
sebarkan laporan pada wartawan dalam whatapp. Jadi saya jumpa kawan saya di
dang wangi terus pergi ke SKMM cyberjaya sebab jarak jauh saya tak berapa
berani sangat nak drive. Jadi saya siap disoal siasat SKMM pada hampir 7.00 pm
4. Di rumah, handphone saya kena rampas
sekali lagi. Nampak gaya saya sentiasa di ganggu saya kena beli rumah lain lah.
Sampai semua kereta saya pakai pun mereka
ambil tahu, jadi saya kena beli kereta lain ikut nama orang lain lah jawabnya.
Kalau tak, pasal benda tak ada isu macam ni pun mereka akan ganggu saya. Tugas
PDRM banyak, kes tempat bunuh, rogol, mencuri, MO1 (bukti ada pun tak mampu nak
buat tangkapan) pun tak boleh selesai lagi. Ni nak gunakan polis untuk pekara
remeh pasal Rosmah. Mengarut
5. Cytroo berbayar PMO memang tugas dia
untuk kalih isu dan buat isu yang tak munasabah untuk pastikan BN menang dan
semua baca termasuk bahagian profesional sedang gelakkan Rosmah sebab isu
gambar yang di politikkan, semua sayang pada raja Melayu tapi sikit je suka
Rosmah.
So kena faham lah kenapa serbuan ini di
buat, bukan kisah bab Raja Melayu pun, sebab jilat baik punya hal. Ni ke cara
ahli politik BN guna kuasa? dan tuduhan fitnah ke atas saya sampai terpaksa,
paksa 14 orang serbu dan ganggu saya. Ini bukan cara menjilat yang baik, tak
siapa hina Sultan Pahang dan banyak yang menang tak suka pada Rosmah.
So bezakan orang tak suka Rosmah dengan
buat posting menghina. Lagi pun saya up status yang tak menghina lagi nak
aibkan Sultan langsung.
Saya ambil gambar-gambar berkenaan pun dari
page "Johor Bangkit" tapi masih tak ada masalah pun dengan gambar
semua tu. Yang sedang aibkan Sultan dan politikkan Sultan ada cytroo pro Najib
sebab tak suka Rosmah di hina lagi-lagi ada lelaki tua dari Rosmah cium tangan
Rosmah, last-last divert ke hina Sultan pula, mana asas tuduhan tersebut?
6. Bab Sultan, status yang mengaibkan boleh
cari di page SR, sebab ayat page SR ada menghina Sultan. Tapi di wall saya, tak
siapa termasuk saya berani nak hina Sultan dan Raja Melayu. Yang suka hina Raja
Melayu adalah pro Najib sebab banyak Raja Melayu ada keluarkan kenyataan
sindiran dan mereka mula biadap pada Raja Melayu (namun sehingga kini tiada
tindakan diambil, ironik kan)
7. Penyokong Najib dah tak tahu nak tutup
mulut saya, maka dengan itu mereka fitnah saya mengaibkan Sultan, padahal page
lain yang mengaibkan, bukan saya. Tapi sebabkan saya 'favourite' mereka.
Mereka nak pastikan saya diam dengan
susahkan saya macam ni, termasuk lah arahan atasan yang salah guna kuasa untuk
menjilat Rosmah. Lagi pun nampak gayanya ahli politik kaki jilat ni sedang
salah guna kuasa nak ampu boss sampai melibatkan penguatkuasa seperti saya
hadapi sekarang ini
8. Bagi saya, saya ambil positif pekara
ini, Jailani Menteri SKMM yang baru perlu tunjuk KPI nya pada boss. So saya
faham, tapi cara tu akan mendatang permusuhan lagi kuat antara majority rakyat
yang sedang menolak kerajaan sekarang dengan pihak Jailani. Jadi saya biarkan
apa saja tindakan bakal berlaku kepada saya dengan redha dan saya dah sedia.
Hilang harta benda di rampas dan mengadung bukan alasan saya takut untuk hadapi
benda salah. Dan saya tak perlu minta simpati sebab apa saya perjuangkan ni
benar dan saya setia berkorban. Saya tak takut dengan Najib dan Rosmah dan
kuasa yang mereka cuba tunjukkan pada saya, dan saya pun tak akan tunduk
langsung pada ugutan. Hanya mati boleh diamkan saya
9. Pada semua pembaca, saya adalah mangsa
fitnah dari pihak ahli politik yang pentingkan diri. Untuk dapatkan balik hak
kita, saya tetap lawan.
Jangan kesiankan pada saya dan saya tak
perlu semua tu. Saya akan pastikan ahli politik yang saya menangkan ni
tersungkur sebelum waktunya, dan jika tidak sekurangnya saya nak 'parahkan'.
Dengan izin Allah InsyaAllah niat baik akan dimakbulkan
Sekian dari saya. Ratu Naga
***Kawan
yang amalkan duit sebagai keutamaan sedang di uji bila kala ujian sepatutnya di
terima, Allah is Great, trust me
No comments:
Post a Comment