DATUK SHAFIE APDAL KELUAR UMNO DENGAN MARUAH


OLEH: E.  SORAYA KIGIS
www/sabahinsider14.blogspot.com
Fridah August 05/2016

1.YA memang benar Shafie bukan salah satu individu pengasas kemasukan Parti Melayu itu ke Sabah namunpun begitu main peranan di belakang Tun Sakaran semasa awal kemasukan UMNO di negeri ini terutama 1994 dimana Tun Sakaran diangkat ketua menteri Sabah.

2.Penstrakturan kerajaan Sabah yang ditinggalkan oleh PBS terutama jabatan ketua menteri Shafie lah individu yang banyak menyumbang tenaga membantu ketua menteri yang baru pada waktu itu.

3.Kemunculan Shafie dalam politik Sabah agak lambat kerana dibayangi oleh Tun Sakaran dan sebagai anak muda yang tidak ghairah mengejar kedudukan dalam parti sehingga gilirannya mengambil alih parlimen Semporna setelah bapa saudaranya melepaskan kawasan itu.

4.Kemunculan Shafie dalam arus politik adalah mengikut tangga tidak pernah mencantas dan mengorbankan sesiapapun bermula dari ketua pemuda sehinggalah menjadi naib presiden yang kedua tertinggi di belakang Zahid Hamidi.

5.Keikhlasannya berjuang adalah ramuan mujarab dapat diterima oleh ahli UMNO dan diamanahkan menggalas jawatan diberbagai kementerian.

6.Shafie Apdal berperinsip persahabatan adalah keutamaan bagi dia dan sentiasa bersama Najib karibnya sejak zaman pemuda dalam UMNO mengharungi riak riak gelombang membadai parti itu sehingga mereka sampai ke matlamat yang dituju dan kini Najib perdana menteri dan Shafie meraba raba mencari kebenaran.

7.Bukan tidak semua tahu hubungan Najib-Shafie bagai kuku dengan isi amat sukar dipisahkan kalau hanya sekadar pertelingkahan politik biasa mungkin itu bukan halangan mereka merobohkan batasan itu tetapi masalah kehancuran negara dan dosa dosa terhadap rakyat yang menanti di alam baka yang pasti dihadapi di hari kelak.Atas prinsip inilah dengan berat hati meleraikan persahabatan dua tokoh politik yang dikagumi rakyat.
8.Shafie kembali ke pangkal jalan kebenaran adalah perjuangan yang diredhai oleh Allah adalah lebih terhormat dari pemimpin yang meneruskan perjalanan bersama dengan orang yang merosakkan negara dan membebankan rakyat.

9.Shafie Apdal telah membayar harga dirinya sanggup kehilangan segala galanya dari hasil perjuangannya puluhan tahun bersama UMNO sedangkan beliau mempunyai pilihan mengekalkan jawatan hanya duduk membisu seribu bahasa tanpa membantah hanya mengikut arus membenarkan yang mungkar dan menafikan yang bathil...

"Barang siapa diantara kamu menjumpai kemungkaran maka hendaklah ia mencegah dengan tangan (kekuasaan)nya, apabila tidak mampu hendaklah dengan lisannya, dan jika masih belum mampu hendaklah ia mencegah dengan hatinya. Dan ( dengan hatinya) itu adalah selemah - lemahnya iman". ( Hadis riwayat Muslim).

10.Shafie Apdal telah melunaskan tanggungjawab sebagai muslim dan ahli politik bukan sekadar memberi teguran tetapi memisahkan dirinya dari mereka yang membuat kerosakan dan membebankan negara.Terserah kepada rakyat untuk menilai mengikut arah mana ke kiri atau ke kanan...


No comments:

Post a Comment