ORANG YANG GILA PANGKAT DATUK SANGGUP MEMBELI PINGAT DARI ORANG-ORANG YANG MENGAKU DIRINYA KETURUNAN SULTAN



Thursday Februari 25.2016

KUPASAN DARI MEJA EDITOR
SHAIMON S JUMADI
www.sabahkiniinsider14.blogspot.com

TERDAPAT orang-orang di Malaysia  kalau sudah mempunyai wang dan kedudukan dalam NGO bukan dalam politik mereka  yang belum mendapatkan gelaran Datuk daripada kerajaan  khususnya dari Istana Sultan-Sultan Melayu dan Istana Tuan Yang  Terutama Dipertua Negeri  (TYT) mereka sanggup membeli pingat-pingat kebesaran dari orang-orang yang menggelarkan diri mereka Sultan.


Tidak kira nilai harganya satu pingat yang membawa gelaran Datuk antara paling murah RM20,000 hingga RM50.000 asalkan mereka ditabalkan sebagai Datuk memadailah dengan harga tersebut.

Saya tahu benar beberapa orang di Sabah ini yang  mendapat gelaran  Datuk bukan dikurniakan  daripada Yang DiPeruan Agung atau sultan-sultan raja Melayu dan juga dari Istana TYT di negeri-negeri berkenaan mereka dapat gelaran Datuk dari orang-orang yang menyamar sebagai keturunan  sultan.

Di sini saya huraikan berita tentang pemberian pingat darjah kebesaran palsu dari pihsk Polis Ipoh-Perak

IPOH - Polis Perak giat mengesan individu yang menerima pingat atau darjah kebesaran daripada pihak yang tidak diiktiraf kerajaan negeri ini bagi membantu siasatan, kata Pemangku Ketua Polis Perak, Datuk Hasnan Hassan.

Sehubungan itu, beliau meminta individu yang diperdaya atau ditipu dengan penganugerahan itu supaya tampil membuat laporan polis.

"Pihak polis meminta mana-mana individu supaya tidak mendapatkan atau membeli apa jua pingat kebesaran negeri dari saluran tidak sah dan diragui.

"Di Perak, pingat yang disahkan dan diiktiraf kerajaan negeri hanya dianugerahkan Tuanku Sultan Perak, Duli-Duli Sultan dan Raja-Raja yang sah mengikut undang-undang sahaja," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Pada 17 Januari lepas, akhbar tempatan melaporkan seorang individu ditabalkan sebagai 'Maharaja Kinta' dengan menggunakan gelaran 'Yang Mulia Datuk Seri Paduka Diraja' dalam satu majlis di Selangor hujung tahun lepas.
 
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir baru-baru ini menggesa mereka yang menerima pingat atau darjah kebesaran daripada pihak tidak diiktiraf kerajaan negeri Perak yang membawa gelaran 'Datuk' dan 'Datuk Seri' supaya tidak memakai gelaran itu.

Menjelas lanjut mengenai seorang individu di Perak menggunakan pihak istana bagi mengeluarkan 'surat kuning' untuk melindungi penerimanya daripada dikenakan sebarang tindakan, Hasnan berkata perkara itu tidak benar dan merupakan satu perdayaan.

Mereka yang didapati melakukan kesalahan memperdaya orang lain, boleh dikenakan hukuman penjara dan denda mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan, yang jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun, denda atau sebatan.

Beliau mengingatkan orang ramai supaya tidak terlibat dengan sebarang urusan penganugerahan pingat atau darjah kebesaran negeri yang tidak sah bagi mengelak dikenakan tindakan pihak berkuasa. Posted by BERNAMA

Salah seorang  yang bernama Abdul Ranib  Kontol Kulop  yang telah menerima anugerah bintang kebesaran membawa gelaran Datuk Laksamana dari negeri Melaka dari orang yang mengekar didirinya keturunan Sultan Melaka telah diberkas polis Damansara Petaling Jaya.




No comments:

Post a Comment