Saturday February 06.2016
NUKILAN: NURLIYANA ABDULLAH
www.sabahinsider14. Blogspot.com
DI
Malaysia ini untuk jadi kaya cepat dan dapat projek juta kesan anugerah, maka
kena sertai parti UMNO dan bijak mengampu bodek siap akan jadi kaya mewah
belanja luar negeri macam anak taukeh judi.
Itulah
caranya mudah hidup cepat kaya di Malaysia ini dan kerana itulah orang
berlomba-lomba sertai parti, cium tangan peluk-peluk menteri serta bisik-bisik dan esok lusa siap dapat anugerah projek
juta-juta dan tanpa berfikir sekadar jadi ali baba pasti sehari dua dapat pandu King ninja atau mercedes bergaya bukan main hebat.
Inilah
rata-rata kehidupan di negara yang namanya Malaysia.
Memang
benar, dari ketua cawangan, ketua bahagian dan atas daripada itu semuanya ada
lesen PKK kelas F-A atau kalau tidakpun yang di atas guna lesen orang dan
projek dia punya dijual sama taukeh cina dan untung bulat kekadang 60% masuk
poket projek RM3 juta asalnya hanya RM1 juta.
Itulah
saya katakan baik presiden Parti apa saja di Malaysia ini asal pemerintah pasti
kaya raya yang melebihi gaji didapatkan. Bukan saja presiden termasuk Menteri,
pembantu menteri, ketua bahagian dan ketua cawangan semuanya kaya raya yang
kekadang rumah mereka macam istana kesannya ketirisan RM40 bilion kata Auditor
negara.
Banding
dengan presiden Uruguay yang gajinya RM40,000 hanya dia ambil RM2,500 sebulan
dan selebihnya sekitar RM37,500 diserahkannya kepada orang miskin dan bolehlah
dikatakan dia merupakan presiden termiskin yang hanya memandu kereta buruk.
Di
Malaysia hebatnya bukan main gagah perkasa ada wang bilion- bilion entah dari mana
mereka dapatkan dan kesannya rakyat menderita miskin papa kedana.
No comments:
Post a Comment