Tuesday February 23.2016
KUPASAN DARI MEJA
EDITOR
SHAIMON S JUMADI
ww.sabahinsider14.blogspot.com
KALAU
difikirkan sedalam-dalamannya tentang orang asing yang datang ke negeri ini
khususnya dari Indonesia-Filipin dan juga Pakistan mereka hanya memikirkan tentang cari makan
untuk menyara anak isteri mereka kalau yang berumah tangga sudah kalau yang
masing jomblo (bujangan) adalah untuk menyara diri sendiri.
Disebabkan mereka sudah lama
duduk di Sabah contohnya 4 hingga 5 tahun lantas datanglah dua tiga orang tempatan mereka itu adalah
broker tukang menguruskan pembikinan kad pengenalan sebab mereka sudah biasa menguruskan yang lain lagipun
broker-broker berkenaan yang mempunyai link yang cukup baik dengan Jabatan
Pendaftaran Negara (JPN) .
Broker-broker yang
dimaksdukan itu sama ada mereka anak
jadi Sabah atapun mereka juga
tergolongan warganegara Malaysia celupan (Clone) yang mempunyai kad pengenalan nombor bermula dari
H.033XXXX dan H.053XXXX atau yang lebih jelas lagi IC projek.
Broker-broker ini cukup
bijak mempertadayankan orang-orang asing perlu saya jelaskan Pakistan orang
Indonesia yang datang ke Negara ini mereka menggunakan Passport mereka bukan
tergolongan daripada Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) orang-orang yang digelar
sebagai PATI mereka yang memasuki Negara ini langsung tidak mempunyai apa-apa
dokumen perjalanan mereka masuk dari
pintu belakang seperti dari Negara Filipina ataupun Indonesia juga cara begini.
Orang-orang yang datang ke Negara
ini mereka menggunakan passport seperti Warga Pakistan-Timur-Bugis dan warga
Cina –India mereka digelar sebagai Orang
Asing bukan PATI sebab mereka masuk ke Negara
ini dari pintu depan melalui Jabatan Imigeresen.
Berbalik mengenai cerita
bagaimana orang asing dan PATI mempunyai mykad supaya mereka jadi warga Negara Malaysia
secara bidan terjun mereka membuat kad
pengenalan memang mengikut salauran yang tertentu diproses oleh pihak JPN juga.
Cuma semasa mengising borang orang-orang asing dan PATI tadi tidak meletakan nombor passport mereka yang
mempunyai passport.
Sebelum mereka mendapat kad
pengenalan dari JPN langkah pertama dia orang mesti buat surat kelahiran daftar
lewat terlebih dahulu ini yang ikut proses betul JPN borang-borang yang telah siap diisi itu
pertama mendapat pengesahan Ketua Kampung di mana mereka dilahirkan kedua
mendapat surat keterangan lepas sekolah
dari mana-mana Guru Besar dan ketiga mendapat surat dari Klinik atau bidan
berdaftar dan dua orang saksi.
Jika borang-borang itu
semuanya lengkap ditandatangi oleh semua pihak-pihak yang berkenaan baru pihak
JPN mengeluarkan Sijil Beranak Daftar Lewat.
Wakaupun mereka mendapatkan
kad pengenalan secara betul dari JPN
akan tetapi mereka juga merupakan satu pembohongan besar sebabnya tempat lahir asal mereka seperti di
Mindanau-di Sulawesi dan di Pakistan
mereka semasa mengisi borang mereka letak tempat kelahiran di Tambunan-Keningau
dan sebagainya.
Semuanya ini adalah angkara
orang-orang tempatan juga yang mendorong
orang asing atau PATI mendapat kad pengenalan –mykad.
Sebenarnya pihak JPN dan
broker-broker berkenaan adalah dalang sebenarnya mereka minta bayaran hingga
RM3,000 satu kad pengenalan sebenarnya memproses pembikinan mykad tiada apa-apa
dikenakan bayaranpun Cuma mereka mahu
cari makan mengambil kesempatan dapat RM3,000 mereka bahagikan dengan pihak JPN sebelihnya Ketua Kampung,
Guru Besar dan Bidan Klinik.
Saya pernah terserempak dengan
seorang bangsa Pakistan dia ada mykad katanya di bayar seseorang untuk menguruskannya di
kenakan charge RM3,000.00 dilaporkan ke
polis Polispun tiada guna sebab mykad mereka mempunyai rekod di JPN dan di SPR
sebagai pengundi.
Dalam perkara ini siapa yang
harus dipersalahkan bagaimana orang
asing dan PATI bisa memiliki kad
pengenalan yang kian berleluasa sukar dibendung sebabnya
broker-boker tadi adalah terdiri daripada warga tempatan yang mendorong mereka
untuk berbuat sedemikian .
No comments:
Post a Comment